Siakap Keli
KKM Tidak Pernah Peraku Mana-Mana Produk Makanan Gantikan Ubat
Gambar: Bernama

KKM Tidak Pernah Peraku Mana-Mana Produk, Makanan Gantikan Ubat

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubat-ubatan.

KKM menerusi Facebooknya hari ini memaklumkan, ia termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa oleh sebuah portal baru-baru ini.

Menurut KKM tindakan itu tidak bertanggungjawab dan gambar yang digunakan telah diubah suai daripada laman sesawang portal http: //myhealth.gov.my bagi tujuan mengelirukan orang awam.

“KKM menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan dan portal yang tidak diketahui kesahihannya,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.