Siakap Keli
Gambar: Muslim.sg/Pixabay

Gerhana Bulan Penuh: JAWI Saran Masjid, Surau Di Wilayah Persekutuan Adakan Solat Sunat & Khutbah Gerhana Esok

Gerhana Bulan Penuh: JAWI Saran Masjid, Surau Di Wilayah Persekutuan Adakan Solat Sunat & Khutbah Gerhana Esok

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru agar masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mengadakan solat sunat dan khutbah gerhana bersempena Gerhana Bulan Penuh esok.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Twitter, Jawi memaklumkan fenomena itu bakal berlaku pada esok pada jam 6.54 petang hingga 8.49 malam.

“Susulan Fenomena Gerhana Bulan Penuh yang dijangka berlaku pada 8 November 2022 (Selasa) jam 6.54 petang hingga 8.49 malam.

“JAWI menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan solat sunat serta Khutbah Gerhana,” maklum JAWI.

Sementara itu, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menjelaskan bahawa bulan bakal berada pada kedudukan yang paling jauh dari bumi (apogee) iaitu pada jarak 404,923 kilometer (km).

“Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta sebahagian utara dan timur Eropah.

“Di Malaysia, fenomena Gerhana Bulan Penuh ini berlaku mulai jam 4.02 petang dan berakhir pada jam 9.56 malam waktu tempatan,” jelas MYSA dalam kenyataan tersebut.

Tambahnya, kejadian itu dilaporkan tidak dapat dilhat di negara pada permulaan fasa gerhana penumbra dan separa berikutan berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.

“Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.

“Manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 9.56 malam,”maklum MYSA lagi.

Sehubungan itu, MYSA menasihati kepada mereka yang ingin melihat fenomena itu untuk berada di kawasan yang tidak mempunyai halangan di arah timur seperti kawasan yang tinggi ataupun pantai yang menghadap ke arah timur supaya dapat menyaksikan gerhana tersebut seawal mungkin.

Untuk pengetahuan, Gerhana Bulan Penuh ini merupakan central lunar eclipse, iaitu gerhana bulan yang berlaku apabila cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra Bumi.

Central lunar eclipse merupakan gerhana penuh yang mempunyai nilai magnitud umbra yang tinggi, tempoh yang panjang dan nilai gamma yang rendah.

Difahamkan, magnitud umbra pada kali ini ialah 1.3607 dan nilai Gamma adalah 0.2570 dengan tempoh gerhana penuh maksimum adalah selama 85.7 minit.

Sumber: JAWI, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

BACA JUGA: Elak Kena ‘Sidai’ & Boros, Ini 9 Tips Suami Boleh Guna Bila Nak Teman Isteri “Shopping” Hujung Tahun

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: