Siakap Keli

Cuaca Gelap Di Luar, Ikuti Siaran Langsung Fenomena Gerhana Bulan Penuh Di FB

Penduduk Malaysia hari ini sekali lagi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan yang dijangka bermula petang tadi hingga ke malam ini.

Difahamkan, fenomena ini berlaku apabila bulan melintasi ke dalam bayang-bayang umbra milik Bumi. Dalam keadaan ini, planet yang kita diami, Bumi akan berada di antara Bulan dan Matahari dalam kedudukan selari.

Berdasarkan anggaran, fenomena ini hanya boleh dilihat bermula jam 6.58 petang, ketika kemuculan Bulan dari belah timur.

Untuk meyaksikan fenomena ini, pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi Bahagian Falak telah menganjurkan sebuah program cerapan gerhana bulan penuh secara atas talian menerusi platform Facebook.

Kredit: Facebook

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai agar dapat melihat fenomena gerhana bulan penuh dengan lebih jelas, menggunakan teknologi cerapan milik kerajaan Malaysia.

Untuk makluman, terdapat dua lokai untuk cerapan iaitu Balai Cerap Selangor di Sabak Bernam, Selangor dan Tanjung Labian, Sabah dan program atas talian ini bermula seawal 5.00 petang.

Bagi sesiapa yang meminati astronomi, jangan lepaskan peluang ini. Anda boleh mengikuti siaran langsung gerhana bulan tersebut dibawah.

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor via Facebook 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma