Siakap Keli
Beberapa Kawasan Di Shah Alam Dipercayai Dilanda Banjir Kilat
Gambar: Pengguna Facebook

Hujan Lebat, Beberapa Kawasan Di Shah Alam Dipercayai Dilanda Banjir Kilat

Hujan Lebat, Beberapa Kawasan Di Shah Alam Dipercayai Dilanda Banjir Kilat

Berikutan hujan lebat yang melanda sekitar jam 3 petang tadi, beberapa kawasan di Shah Alam dipercayai telah dilanda banjir kilat.

Memetik Sinar Harian, antara kawasan yang terjejas akibat banjir kilat itu termasuklah Seksyen 17, Seksyen 24, Seksyen 25, dan Padang Jawa.

Dalam temu bual Sinar Harian bersama salah seorang pengguna Facebook, Mardiana Marmona, 40 tahun menjelaskan bahawa sejak 4.30 petang air setinggi 0.3 meter mula menaiki kawasan rumahnya di Alam Impian , Seksyen 17.

Tambahnya, dia melihat beberapa kenderaan berpatah bailk berikutan jalan yang dinaiki air sewaktu meredah banjir tersebut untuk pulang ke rumahnya.

“Masa saya balik, (paras air) tinggi juga. Ada kereta patah balik. Saya juga nampak motor tenggelam separuh rodanya.

“Tadi di kawasan Tinta Alam Impian ada jalan tidak boleh digunakan. Paras air di luar rumah cecah paras lutut. Tapi mereka (penduduk) kata (air) dah surut,” maklumnya menerusi Sinar Harian.

Selain itu, Masripah Ibrahim, 56 tahun yang merupakan salah seorang penduduk di Padang Jawa memaklumkan kawasan kejiranannya mula dinaiki air.

Bagaimanapun, banjir kilat itu mula beransur pulih selepas air dibawa ke longkang besar terletak di hadapan rumahnya.

“Rumah jiran-jiran yang dinaiki air juga mulai surut kerana air dalam longkang mengalir deras, kalau tidak memang banjirlah.

“Kalau di kawasan sini setakat ini belum lagi (banjir),” jelas Masripah melalui Sinar Harian.

Sementara itu, beberapa orang pengguna Facebook telah berkongsikan keadaan terkini di sekitar Shah Alam yang mengalami banjir kilat itu.

Menerusi beberapa video, dapat dilihat beberapa kawasan telah dinaiki air.

https://www.facebook.com/rosezainol/posts/pfbid02zor1iCREcAsrQyH28CtUtx1kZqyTW6uV8o3fDVhHQP8iwiU859oHs1JmiiLDKv8l

https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/658943735853269/

https://www.facebook.com/mohamedyusri.mohamedzaini.7/posts/pfbid0292VrHRxcScEf97aNtDfgjfT8epTDs62kCDPcJPLBX5djwKvykfvW8M6YE9ybxy7Cl

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0F4ByVbX8WjZ3EH2BzNZioqdZcUjxbLYNcQwQrUeUYJWKD9g1wW57PnTf4uA6jKsGl&id=100008538101113

Maklumat lanjut akan menyusul

Sumber: Sinar Harian, Facebook

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.