Siakap Keli
Bukit Gantang dilanda banjir kilat
Gambar: Bernama

Beberapa Kampung Di Sekitar Bukit Gantang Dilanda Banjir Kilat

Beberapa kampung di sekitar Bukit Gantang dilanda banjir kilat

IPOH, 4 Nov (Bernama) — Beberapa kampung di sekitar Bukit Gantang, Taiping dekat sini dilanda banjir kilat sejak petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.39 petang berkaitan banjir kilat yang melibatkan hampir 50 mangsa.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku banjir kilat sedalam satu setengah kaki berpunca daripada hujan lebat yang melibatkan beberapa kawasan.

“Kampung yang terlibat ialah Kampung Cheh, Kampung Senduk Hulu, Kampung Bukit Cempedak dan Kampung Changkat Ibol,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Beliau berkata setakat ini, pusat pemindahan sementara belum dibuka dan sesetengah mangsa banjir telah diselamatkan serta dipindahkan ke rumah jiran berhampiran.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka