Siakap Keli
Kredit: Pixabay

Kenali “Textrovert”, Riuh & Rancak Dalam Chat, Tapi Jadi Pemalu Bila Jumpa Depan-depan

Selama ini, kita sudah biasa mendengar beberapa istilah seperti introvert, ekstrovert mahupun ambivert. Namun begitu, tidak ramai yang tahu atau peka dengan satu lagi istilah, iaitu Textrovert.

Sejak kemunculan pelbagai teknologi yang membolehkan manusia untuk berhubung menerusi alam maya, kita lebih cenderung untuk berkomunikasi dengan menggunakan tulisan. Hal ini disebabkan, komunikasi bertulis membolehkan penyampai menyampaikan mesej kepada penerima, tanpa perlu bersemuka pada waktu yang sama.

Dengan kehadiran pelbagai platform untuk menghantar mesej, nampaknya semakin ramai manusia lebih suka berkomunikasi menggunakan kaedah ‘texting’. Orang yang gemar menghantar mesej dipanggil sebagai textrovert.

Mereka yang textrovert juga biasanya pendiam di dunia sebenar, namun begitu ‘rancak’ dan mesra apabila berkomunikasi di alam maya. Apabila berbicara secara maya, mereka berasa lebih yakin untuk menyampaikan sesuatu idea berbanding komunikasi verbal.

Terdapat berapa tanda yang boleh diperhatikan untuk menentukan sama ada anda adalah seorang textrovert atau sebaliknya.

Asalnya seorang introvert

Secara luarannya, textrovert itu digambarkan sebagai  sangat pemalu ataupun tidak banyak bercakap. Biasanya, jika ditanyakan soalan, mereka berkemungkinan akan menjawabnya dengan sepatah dua perkataan sahaja.

Namun, ini tidak bermakna mereka seorang yang sombong dan tidak gemarkan interaksi dengan manusia tetapi mereka berupaya mengekspresikan diri dengan lebih baik hanya menerusi internet.

Perbezaan dengan mereka yang digelar introvert, textrovert boleh bertukar menjadi individu yang sangat berbeza, lantang dan terbuka apabila berada di alam maya.

Gambar hiasan | Kredit:: Pixabay

Penuh dengan kejutan

Textrovert merupakan seseorang yang sangat kreatif ketika membalas mesej. Kebiasaannya, jika mereka menghantar sesuatu mesej kepada orang lain, mereka akan menyertakan pelbagai emoji untuk menghidupkan suasana ‘perbualan’.

Jika seseorang bertanyakan soalan kepada textrovert melalui chat, jawapan yang diberikan lebih daripada sekadar  ya atau tidak. Kadang-kadang reaksi yang anda berikan sangatlah tidak dijangka seperti penggunaan sticker dan GIF yang lucu.

Mereka juga cenderung untuk mengingati segala mesej yang pernah dihantar, walaupun bertahun-tahun lamanya. Jika seseorang cuba untuk memutarbelit cerita ataupun memanipulasi anda menerusi perbualan teks, nescaya mereka tidak akan dapat lakukan perkara tersebut terhadap textrovert.

Gaya penulisan yang unik dan penulis cerita yang baik

Textrovert biasanya memiliki identiti mereka sendiri ketika menghantar mesej. Ciri-ciri ini dilihat daripada cara mereka mengeja perkataan dan struktur ayat yang digunakan. Perbezaan ini boleh sampai pada satu tahap dimana penerima dapat membezakan chat yang dihantar oleh, misalnya anda seorang textrovert, dengan kenalan lainnya.

Selain itu, textrovert juga merupakan pencerita yang baik. Mereka mampu mengarang cerita dengan sangat teliti, terperinci dan menarik berbanding mereka menuturkan kata-kata. Kadang kala, cerita yang hendak mereka sampaikan lebih mudah difahami sekiranya ia ditulis berbanding perkongsian melalui mulut.

Gambar hiasan | Kredit:: Pixabay

Sering berfikir di luar kotak

Berbanding ciri-ciri di atas, ciri ini mungkin merupakan salah satu ciri terbesar yang mentakrifkan seseorang itu introvert atau tidak.

Jika anda melakukan perbincangan secara atas talian dengan textrovert, mereka cenderung untuk membekalkan pelbagi bahan-bahan yang boleh dijadikan contoh untuk menyokong hujah mereka atau membantu pendengar supaya lebih mudah memahami.

Secara ringkasnya, textrovert adalah mereka yang introvert di secara realiti namun menjadi ekstrovert apabila berada di alam maya.

Maka, textrovert merupakan introvert secara luaran tetapi menjadi seakan-akan ekstrovert ketika menghantar mesej.

Jika anda memiliki hampir ke semua ciri-ciri di atas, berkemungkinan anda merupakan seorang textrovert. Namun, anda perlu ambil perhatian kepada beberapa perkara.

Ia boleh jadi satu perkara yang menghalang fokus anda

Jika anda bekerja dan menggunakan telefon pintar pada masa yang sama, berkemungkinan anda akan hilang fokus daripada melakukan tugasan anda.

Perkara ini juga dapat membahayakan persekitaran jika tugasan anda memerlukan anda untuk menumpukan perhatian secara sepenuhnya seperti memandu kenderaan awam, mengendalikan bahan kimia berbahaya dan sebagainya.

Gambar hiasan | Kredit:: Pexels

Tidak perlu untuk membalas mesej dengan segeraBerkomunikasi dengan kaedah ini sangat unik dan pantas. Namun, membalas apa-apa mesej dengan segera bukan satu keperluan, melainkan jika terdapat kecemasan.

 Memberikan tanggapan buruk kepada anda

Tindakan membalas mesej sewaktu orang lain bercakap dengan kita boleh kelihatan sebagai satu tindakan yang biadab. Walaupun textrovert kurang aktif dalam komunikasi secara bersemuka dan lebih aktif dalam komunikasi bertulis, ini tidak bermakna anda boleh mengabaikan komunikasi lisan secara sepenuhnya.

Tindakan tidak memberikan perhatian kepada penutur boleh melukakan perasaan mereka dan bagi sesetengah pihak, ia dianggap sebagai tidak beradab.

Gambar hiasan | Kredit:: Pixabay

Secara umumnya, textrovert merupakan individu yang lebih gemar berkomunikasi menerusi teks, berbanding dengan lisan. Mereka lebih menikmati kehidupan melalui komunikasi digital dan menyimpan banyak memori dengan ‘hidup’ di dunia tersebut.

Sumber: Linked In & Sharaddha Rane

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.