Siakap Keli

Lazada Bawakan Kemeriahan Shoppertainment Dengan Jualan Sehari Terbesar 11.11 Khas Untuk Pelanggan Di Malaysia

  • Jualan Sehari Terbesar 11.11 Lazada kini kembali dengan Harga Dijamin Terbaik dan tawaran Mesti Beli Deals untuk beraneka produk serta ciri yang digemari seperti Lazada Bonus, Penghantaran Percuma dan Pulangan Tunai LazCoins
  • Minat boleh menjadi realiti dengan idea dan aktiviti penuh inspirasi menerusi strim secara langsung LazLive+: Ignite Your Passion Boom Festival
  • Hadiah menarik bernilai sehingga RM240,000 boleh dimenangi menerusi Shop and Win pada 11 November

MALAYSIA, 7 November 2022 – Jualan Sehari Terbesar 11.11 Lazada yang amat dinanti-nantikan bakal kembali pada 11 November. Edisi kesepuluh festival beli-belah tahunan tersebut bakal membawakan tawaran harga terendah khas untuk pelanggan di Malaysia bagi pelbagai aneka produk, termasuk rangkaian fesyen bergaya, produk kecantikan, barangan elektronik dan banyak lagi.

Para pelanggan boleh mendapatkan promosi menarik, termasuk ribuan baucar Penghantaran Percuma, diskaun sehingga 90% yang boleh ditimbunkan, dan banyak lagi, di samping keceriaan Shoppertainment sebelum dan semasa jualan tersebut. Ia merupakan sebahagian daripada LazLive+: Ignite Your Passion Boom Festival yang dipaparkan oleh Lazada, perintis platform eDagang di Asia Tenggara.

“Jualan 11.11 tahunan ini amat istimewa buat kami kerana ianya merupakan festival membeli-belah yang meraikan para pengguna, rakan jenama dan para penjual kami. Pesta beli-belah ikonik ini telah menjadi suatu keutamaan dalam kalendar industri peruncitan di Asia Tenggara, khususnya lantaran tabiat dan kecenderungan membeli-belah para pelanggan yang sentiasa ingin mendapatkan tawaran berbaloi, pembelian yang mudah, pantas dan senang didapati kini telah menjadi kemestian dalam era pasca pandemik,” kata Darren Rajaratnam, Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia.

“Jualan Sehari Terbesar 11.11 tahun ini merupakan edisi kesepuluh kami, maka Lazada akan menyemarakkan keceriaan dengan elemen Shoppertainment yang lebih memberangsangkan, tawaran dan penjimatan ikonik serta pelbagai cara bagi para pelanggan untuk menemui promosi dari jenama dan produk baharu, sambil menikmati keriangan membeli-belah dalam talian,” tambah Darren.

Shoppertainment Imersif yang Mengasyikkan: LazLive+: Ignite Your Passion Boom Festival & Tawaran BOOM Dail & Menang

Bagi Lazada, Shoppertainment pastinya telah menjadi nadi jualan mega. Kali ini, para pengguna boleh menyertai keceriaan Festival BOOM 11.11, bermula pukul 8 malam pada 10 November dengan menonton LazLive+, melalui aplikasi Lazada Malaysia dan di halaman rasmi media sosial Lazada.

Program tersebut memaparkan bintang-bintang LazLive+, termasuk chef selebriti Sherson Lian, pakar kecantikan Tasnim Shah, juara gaming Jaasuzuran, pakar kecergasan Jordan Yeoh, dan kumpulan muzik kegemaran ramai Dolla, bersama duta Lazada, Nabila Razali bagi menyemarakkan minat dan menyerlahkan pengalaman yang unik buat semua penonton. Para penonton juga boleh merebut tawaran BOOM dengan diskaun sehingga 90% dan baucar bernilai keseluruhan RM50,000 serta hadiah menarik, termasuk iPhone 14.

Di samping itu, pada jam 9 malam 11 November, Ketua Pegawai Diskaun Lazada akan kembali ke festival tersebut, di mana Ain Edruce dan Sissy Imann akan bertanding dengan Fiera Fendi dan Erissa Puteri untuk bersaing merebut gelaran Ketua Pegawai Diskaun Terbaik (Best Chief Discount Officer). Para penonton boleh menyertai keseronokan festival dengan mengundi pasukan yang menawarakan promosi paling chun.

Menjelang Jualan 11.11, Lazada turut berkongsi beberapa intaian sneak peek melalui program Call To Win BOOM Deals di saluran LazLive.

Setiap hari bermula 1 hingga 9 November, antara jam 3 petang hingga 11 malam, dan semasa program terakhir pada 10 November antara 12 malam hingga 8 malam, para pelanggan juga boleh memburu tawaran sambil menonton strim langsung bagi merebut produk pada harga terendah di Jualan 11.11 Lazada – hanya dengan satu panggilan telefon!
Semarakkan Pengalaman Membeli-belah Anda: Beli dan Menang, Lazzie Hunt dan #GetThatBOOM Giveaway

Jualan terbesar tahun ini pastinya membawakan tawaran paling hangat untuk semua. Para pelanggan boleh menikmati ganjaran melalui Shop and Win, di mana hadiah bernilai sehingga RM240,000 daripada jenama terkemuka seperti OGAWA, BONIA, Timberland, Tefal dan banyak lagi boleh dimenangi apabila pengguna check-out pembelian mereka pada waktu tertentu sepanjang 11 November. Malahan, Lazada juga akan memberi ganjaran kepada pembeli ke-111 pada setiap jam antara 2 pagi hingga 7 pagi pada 11 November dengan ganjaran baucar Lazada bernilai RM500!

Selain daripada itu, dari 1 hingga 15 November, para pelanggan juga boleh beriang-ria dengan pelbagai watak menarik Lazzie iaitu maskot kesayangan Lazada, melalui “Lazzie Hunt”, apabila pelanggan membuat pembelian, menjemput rakan, menambah nilai Lazada Wallet, dan mengimbas kod QR di rangkaian kedai jenama yang mengambil bahagian di seluruh negara, antaranya cawangan Maxis dan CIMB Bank yang terpilih. Watak Lazzie istimewa ini kemudiannya boleh digunakan untuk menebus ganjaran menarik, termasuk kerusi urut tajaan OGAWA bernilai RM19,999, baucar Lazada, baucar Penghantaran Percuma, Lazada Bonus, baucar penjual, rebat Lazada Wallet, LazCoins dan banyak lagi!

Para pelanggan juga boleh menyertai cabaran #GetThatBOOM di halaman Facebook dan Instagram Lazada untuk memenangi hadiah percuma dan hadiah terpilih.

Penjimatan Hebat bagi Setiap Pelanggan

Penghantaran Percuma: Katakan Ya untuk beli-belah, Tidak kepada kos penghantaran!
Lazada akan ‘belanja’ para pelanggan dengan baucar penghantaran percuma. Para pelanggan boleh mengumpul dan menebus baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum* pada 11 November. Malah, baucar Penghantaran Percuma dengan perbelanjaan minimum serendah RM8 juga akan diberikan dan diperbaharui pada setiap jam, dan ianya boleh dikumpul menerusi Lucky Egg, Voucher Club, dan menerusi halaman Penghantaran Percuma.

Lazada Bonus: Potongan RM10 bagi setiap pembelian bernilai RM100*
Pada 11 November, para pelanggan yang membeli produk terpilih dengan tanda Lazada Bonus boleh menikmati diskaun sebanyak RM10 bagi setiap pembelian RM100, tertakluk kepada pengumpulan terdahulu bermula dari 5 hingga 11 November. Lazada Bonus ini amat istimewa kerana ianya boleh ditimbunkan dengan lima baucar-baucar lain untuk lebih penjimatan, sekaligus memungkinkan pembelian yang lebih berbaloi.

LazCoins : Belanja lebih untuk nikmati ganjaran pulangan tunai bagi pembelian seterusnya
Bermula jam 12 tengah malam pada 11 November, 111 pesanan pertama yang berjaya* akan menikmati ganjaran pulangan tunai sebanyak 1,000 LazCoins. Di samping itu, sepanjang hari pada 11 November, LazCoins* pada jumlah keseluruhan 280 juta akan dihadiahkan kepada pelanggan Lazada tanpa had perbelanjaan minimum. Malahan, Lazada juga menawarkan Super Stackable Coins Deals, yang terdapat bersama dengan Lazada Bonus, baucar Penghantaran Percuma dan baucar dari penjual untuk menggandakan penjimatan.

Jangan Ketinggalan Rebut Tawaran Eksklusif Terhad

Chup Dulu: Hanya letakkan deposit kecil untuk dapatkan tawaran terbaik
Bermula dari 25 Oktober hingga 10 November, pelanggan Lazada boleh chup dulu tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka, dengan meletakkan deposit 10% untuk menikmati harga pra-jualan (pre-sale) yang tidak boleh dikembalikan dan membayar baki harga produk pada 11 November bermula jam 2 pagi. Produk tersebut akan dihantar selepas pembayaran penuh.

LazFlash & LazFlash Extra: Tawaran bermula serendah RM0.11
Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran hangat di mana para pelanggan Lazada boleh menikmati diskaun serendah RM0.11, termasuk produk daripada kategori kesihatan dan kecantikan, fesyen, sukan dan aktiviti luar, serta banyak lagi.

Jualan Bonanza LazMall: Crazy Brand Mega Offer, Tawaran Berjenama Serendah RM4.99 dan Kotak Kejutan

Pada 11.11 ini, LazMall, destinasi dalam talian jenama yang dijamin oleh Lazada turut menggandakan Crazy Brand Mega Offer! Di antara 12 tengah malam hingga 2 pagi pada 11 November, terdapat pelbagai produk pada harga kejutan, dengan penjimatan sehingga 90% berbanding hari biasa. Selain itu, terdapat satu lagi kejutan besar yang mana di Lazada akan membawakan promosi pelbagai produk pada harga di bawah RM4.99. Malahan, para pelanggan juga boleh membeli kotak kejutan LazMall Surprise Box oleh jenama terkemuka bernilai sehingga RM600 antara pukul 10 pagi dan 4 petang pada 11 November, pada harga dari serendah RM11.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Sehari Terbesar 11.11 Lazada, klik di sini atau muat turun aplikasi mudah alih Lazada dan ikuti perkembangan terkini di media sosial Lazada Malaysia.

Amira

Love yourself.