Siakap Keli
Gambar: Wales New Service via Daily Mail

Lelaki Ditemui Maut, Dihempap Pokok Yang Ditebangnya

Lelaki Ditemui Maut, Dihempap Pokok Yang Ditebangnya

Seorang anggota paramedik berusia 57 tahun ditemui meninggal dunia selepas dihempap pokok yang ditebangnya dengan menggunakan gergaji rantai, lapor Daily Mail.

Robin Parry Jones, dikatakan sedang menebang sebuah pokok besar di Criccieth, Wales Utara menggunakan gergaji rantai yang sedang diuji pada hari cutinya.

Memetik Daily Mail, siasatan mendapati mangsa terperangkap selama berjam-jam ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seekor anjing di bawah pokok besar di padang terpencil.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Bapa kepada dua orang anak itu ditemui oleh rakan sekerjanya selepas menjawab panggilan kecemasan 999, namun mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

PC Dylan Roberts memberitahu bahawa Mr. Parry Jones ditemui terbaring dan dihempap dahan pokok di atas dadanya.

Mr. Parry Jones menolong seorang kenalannya menebang pokok sejak awal pagi 23 Jun dan tidak ditemui sehingga 9.40 malam, lapor Daily Mail.

Selain itu, dia juga ingin memeriksa sama ada gergaji rantainya itu berfungsi dengan baik atau tidak sebelum membuat keputusan untuk membeli yang baharu.

Paramedik dari Dinas, Caernarfon itu telah meninggalkan isterinya, Bethan serta dua orang anaknya.

Mr. Parry Jones merupakan seorang yang suka memancing dan pencinta anjing, malah memulakan perkhidmatan mendandan anjing.

Gambar: Wales New Service via Daily Mail

Sementara itu, Koroner Sarah Riley memaklumkan bahawa pemeriksaan bedah siasat mendapati kemungkinan punca kematian disebabkan oleh kesukaran bernafas akibat dihempap oleh pokok di atas dadanya.

“Mangsa telah tersepit di bawah pokok yang tumbang dan ia telah disahkan oleh gambar dari tempat kejadian,” kata Ms. Riley.

Menurutnya, dahan pokok berkenaan mendarat tepat di dadanya dan menyebabkan mangsa sukar untuk bernafas.

Oleh itu, kematiannya adalah tidak dijangka dan tidak disengajakan.

Ketua Eksekutif Perkhidmatan Ambulans Wales, Jason Killens berkata, “Robin merupakan seorang yang penyayang dan sangat dihormati oleh komuniti Pwhllheli.”

Mr, Parry Jones yang berasal dari Caernarfon itu juga dikatakan sering melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan.

Kehilangan Robin secara tiba-tiba ini dirasai oleh semua orang yang mengenalinya, terutamanya keluarga dan rakan sekerja.

Sumber: Daily Mail

Noorliyana Ishak