Siakap Keli
Sumber: Irwan Dahnil/Facebook

Panorama Indah Ibarat Dunia Berbeza, Abang Ni Kongsi “Trip” Ke Norway Ketika Musim Sejuk

Panorama Indah Ibarat Dunia Berbeza, Abang Ni Kongsi “Trip” Ke Norway Ketika Musim Sejuk

Norway, salah satu negara di wilayah Scandinavia di utara Eropah sangat terkenal dalam kalangan pelancong sebagai salah sebuah negara yang mempunyai landskap yang indah di dunia.

Ketika musim sejuk, negara ini menerima ramai pelancong kerana tempoh tersebut dianggap sebagai waktu terbaik untuk melihat panorama apa yang Norway tawarkan.

Justeru, kali ini kami ingin berkongsi pengalaman seorang pengguna Facebook yang dikenalo sebagai Irwan Dahnil, yang memuat naik pengalamannya berada di negara tersebut ketika musim seju.

Tertanya-tanya kan macam mana? Jom sama-sama kita ikuti perkongsian pengalaman Irwan di bawah

Tarikan di Norway ketika musim sejuk

Bagi yang mahu melancong ke Tromsø atau Narvik, berikut adalah beberapa perkara menarik yang ingin dikongsikan oleh Irwan.

Beberapa hari lepas (hantaran dibuat pada 2 November) salji sangat lebat sekitar 7-10 inci. Menurutnya di kedua-dua bandar ini, salji mencair disebabkan hujan. Tetapi di bahagian luar bandar, pergunungan masih lagi bertopikan putih salji dan pelancong boleh keluar bersiar-siar.

Kredit: Google

Aurora adalah salah satu tumpuan utama pelancong di Norway ketika musim sejuk kerana fenomena ini hanya dapat dilihat di wilayah utara terutama pada bulan Oktober dan Mac.

Katanya, bacaan aurora setinggi 4.5 pada minggu tersebut. Namun begitu, disebabkan hujan serta awan tebal, peluang untuk pelancong melihat aurora ketika itu hampir kepada sifar. Tetapi, jika anda ingin melihat keindahan alam tersebut dan sanggup untuk menunggu selama 6 jam, pemandu pelancong akan membawa anda keluar sejauh 200 kilometer radius untuk melihat aurora.

Di Norway ada banyak fjord iaitu air yang dalam dan mempunyai jurang sempit antara gunung yang tinggi dan dramatik. Terdapat beberapa tempat yang mempunyai fjord seperti Canada, Iceland dan New Zealand. Tetapi tidak boleh melawan keindahannya di Norway.

Jika anda ingin melihat rusa tanduk tinggi yang menjadi haiwan peliharaan Santa Claus turut ada di sana. Ada yang liar dan ada yang dipelihara. Selain itu, moose juga boleh ditemui disini. Katanya lagi, moose pandai berenang dan berpindah dari fjord ke fjord yang lain namun sering menjadi mangsa orca, iaitu paus pembunuh ketika berenang menuju ke tepian.

Seterusnya, pelancong juga berpeluang untuk berinteraksi dengan orang asli Norway dikenali sebagai kaum Sami. Mereka mempunyai sejarah yang panjang berkaitan adat dan mempunyai budaya sendiri. Menariknya, ada dalam kalangan mereka memelihara rusa sehingga 300 ekor di dalam kandang.

Antara tarikan lain yang terdapat di Norway adalah pantainya yang cantik bersih, air kebiruan dan jernih sehingga dapat melihat hingga ke dasar. Semua pantai di Norway adalah tempat awam dan tiada kawasan peribadi.

Jadi jika anda ingin memilih tempat pelancongan untuk melancong anda boleh memilih Norway dan pergi ketika musim sejuk untuk merasai pengalaman dan keindahan yang luar biasa.

BACA: Cuaca Gelap Di Luar, Ikuti Siaran Langsung Fenomena Gerhana Bulan Penuh Di FB

Sumber: Irwan Dahnil via Facebook

Shafikah