Siakap Keli
Kredit: 1 Plaza Kuala Selangor

“Peluang Terhidang,” Tak Sangka Pergi Lepak Mall Pun Boleh Dapat Kerja Gaji Cecah RM5k

Salah satu cabaran yang perlu kita tempuhi adalah untuk mendapatkan pekerjaan tetap. Macam yang ada orang cakap, peluang pekerjaan memang banyak, tapi nak dapatkannya bukannya sesuatu yang mudah. Apa tidaknya, banyak persaingan dan cabaran perlu dilalui untuk menempatkan diri sendiri di dalam sesebuah organinasi.

Di sebalik itu juga, usaha juga tidak boleh berada di tahap yang sama dan ianya perlu dipertingkatkan dan jangan mengalah. Tapi kalau sudah rezeki, pasti ianya akan datang dengan pelbagai jenis cara apa-apa pun. Sebagai contohnya, ada yang pergi lepak pusat membeli belah pun boleh dapat pekerjaan. Apa yang lagi menariknya, tawaran gaji siap boleh mencecah sehingga RM5,000. Siapa yang tak nak kan?

Lepak 1 Plaza Kuala Selangor Boleh Dapat Kerja?

Kedengaran seakan mustahil kan, tapi nampaknya boleh menjadi realiti menerusi satu keadaan ini. Keadaan yang dimaksudkan adalah tempat lepak itu adalah di 1 Plaza Kuala Selangor di mana tempat yang dianjurkan Karnival JaminKerja Keluarga Malaysia 2022.

Kredit: 1 Plaza Kuala Selangor

Karnival yang berlangsung pada 3 & 4 November lalu turut disertai oleh pelbagai syarikat-syarikat hebat untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia. Yang datang pun bukannya calang-calang, sebab gaji yang ditawarkan boleh mencecah kepada RM5,000. Ketika itu, lebih 5,000 peluang pekerjaan daripada pelbagai sektor yang menanti masyarakat terutamanya di kawasan Kuala Selangor.

Karnival JaminKerja Keluarga Malaysia 2022

Karnival yang disambut meriah oleh penduduk sekitar ini adalah anjuran daripada Kementerian Kewangan Malaysia bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Karnival ini adalah dedikasi Kerajaan dalam usaha tingkatkan peluang pekerjaan, kukuhkan pasaran buruh dan menyokong momentum pertumbuhan sosio-ekonomi negara.

Menurut Tengku Zafrul dalam ucapannya, kadar pengangguran negara telah berjaya diturunkan secara beransur-ansur kepada 3.7% setakat Ogos 2022 berbanding 4.6 peratus pada tahun 2021.

Salah satu langkah Kerajaan yang jelas menyumbang kepada kejayaan ini adalah Program Subsidi Upah yang diperkenalkan bermula 1 April 2020. Walaupun belanjanya banyak, iaitu lebih kurang RM21 bilion setakat ini, tetapi program ini telah memanfaatkan lebih 358 ribu (358,158) majikan, dan menyelamatkan 2.96 juta pekerjaan di seluruh negara.

Portal MYFutureJobs

Beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan telah menyokong penuh program-program penempatan pekerjaan melalui Portal MYFutureJobs, iaitu sebuah Portal Pekerjaan Negara yang dikelolai oleh Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO.

Sehingga 14 Oktorber, portal ini telah berjaya bantu 652,799 pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan di seluruh negara. Dalam usaha berterusan, terdapa 5,643 peluang pekerjaan telah ditawarkan di dalam karnival tersebut.

Dalam perancangan pada masa hadapan pula, kerajaan bercadang untuk menganjurkan beberapa inisiatif seperti berikut:

  1. Pusat Satelit MYFutureJobs
  2. Upskill Malaysia
  3. RM42,000 Untuk Tempoh 12 bulan (Untuk majikan jika gajikan perkerja baru)
  4. Bantuan Mobiliti RM500

 

Sebenarnya, banyak peluang pekerjaan yang boleh dimanfaatkan oleh golongan pencari kerja. Inisiatif kerajaan dalam membantu mereka yang mahukan pekerjaan adalah seperti penganjuran karnival seperti ini. Dengan itu, kadar pengangguran juga secara tidak langsung akan berkurangan.

Walaupun Karnival JaminKerja tersebut telahpun berlalu, namun bagi sesiapa yang mahu mencari pekerjaan masih boleh melayari Portal MYFutureJob. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari pautan INI.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa