Siakap Keli
Kredit: WABeta.info

WhatsApp Bakal Keluarkan Fitur Avatar, Pengguna Boleh Tukar Gambar Profil Lagi Menarik

Selepas mengeluarkan kemas kini Whatsapp Beta for Android 2.22.23.9, Whatsapp kini dilapor sedang menguji fungsi baharu iaitu fungsi Avatar, untuk beberapa pengguna yang menyertai program Whatsapp Beta.

Menurut WABetainfo, fungsi Avatar baharu itu akan membenarkan pengguna untuk mengekspresikan diri kepada kenalan Whatsappnya denga cara baharu. Ciri itu membolehkan pengguna mencipta identiti baharu dengan menggunakan ekspresi digital menerusi Tetapan Whatsapp.

Berdasarkan tangkap layar di bawah, WhatsApp akan menghasilkan pek sticker avatar anda secara automatik, berdasarkan avatar anda. Sticker berkenaan kemudian boleh dikongsikan bersama pengguna-pengguna lain. Sebagai tambahan, anda juga boleh menggunakan avatar untuk dijadikan sebagai gambar profil pengguna anda.

Kredit: WABeta.info

Jika menyertai program Whatsapp Beta, fungsi ini boleh dicari pada bahagian Tetapan WhatsApp dan klik pada satu seksyen baharu yang dipanggil sebagai “Avatar”.

Memandangkan fitur ini hanya dikeluarkan untuk beberapa pengguna sahaja, anda berkemungkinan akan menghadapi beberapa masalah-masalah kecil semasa menghasilkan avatar tersebut.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan bilakah Whatsapp akan melancarkan fitur ini kepada semua penggunanya. Namun buat masa ini, ia terhad untuk pengguna beta sahaja.

BACA: Cara Nak Hantar Mesej Kat WhatsApp Tapi Tak Payah ‘Save’ Nombor Telefon,

Sumber: WABeta.info

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.