Siakap Keli
Gambar: Vipro Gadget

Cara Nak Hantar Mesej Kat WhatsApp Tapi Tak Payah ‘Save’ Nombor Telefon,

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika ada keperluan untuk menghantar mesej melalui WhatsApp, biasanya kita perlu save nombor telefon berkenaan, melainkan pemilik nombor sediakan link. Perkara ni biasa terjadi bila nak berurusan dengan peniaga online.

Ada sesetengah penjual yang hanya meninggalkan nombor telefon mereka di media sosial. Jadi kalau nak berhubung dengan penjual ni, kita perlu save nombor telefon mereka walaupun sekadar nak bertanya.

Bila dah save nombor telefon ni sebagai contact, barulah kita boleh hantar mesej kepada penerima melalui aplikasi WhatsApp ni. Lama kelaman makin banyak lah nombor tak dikenali yang kita save di contact telefon kita.

Perkara ini boleh jadi kurang selesa untuk kebanyakan orang. Tambahan pula bila nak post status kat WhatsApp, tak pasal-pasal orang asing pun boleh tahu pasal kehidupan peribadi kita.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada cara untuk hantar mesej di WhatsApp tanpa perlu save nombor telefon. Nak tahu macam mana, tonton video yang dikongsikan pengguna TikTok @viprogadget ni.

@viprogadget

Cara ni memang paling senang daripada korang nak kena save contact 📱 Like dan Komen kalau video ni membantu korang #fyp #foryoupage #kitasempoi

♬ Bombastic – 𝘿2𝙈 💠𝙎𝙏𝙊𝙍𝙔💠

Tapi sebelum tu korang kena setup shortcut WhatsApp dulu tau. Nak tahu lebih lanjut macam mana nak setup shortcut ni, boleh tengok video di bawah.

@viprogadget

Reply to @kichil_96 semoga membantu 🙌🏻 Jangan lupa like, komen dan follow ☺️

♬ Bombastic – 𝘿2𝙈 💠𝙎𝙏𝙊𝙍𝙔💠

Semoga bermanfaat!

Sumber: TikTok @viprogadget

Eyla Azri