Siakap Keli
Bunga Api Alami Masalah Teknikal
Kredit The Thaiger

12 Cedera Selepas Bunga Api Alami Masalah Teknikal Ketika Pesta Loy Krathing Berlangsung

12 Cedera Selepas Bunga Api Alami Masalah Teknikal Ketika Pesta Loy Krathing Berlangsung

Sambutan perayaan pesta Loy Krathong di wilayah Nakhon Phanom Thailand bertukar tragedi selepas 12 orang dilapor tercedera dalam persembahan bunga api haram, lapor The Thaiger.

Datuk Bandar di Meung Nakho Phanom mengumumkan bahawa kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Kejadian itu dikatakan berlaku sewaktu upacara pembukaan acara Loy Krathong di Taman Phanon Naga berhampiran Sungai Mekong yang dihadiri oleh tetamu kehormat Gabenor wilayah Nakhon Phanom, pegawai-pegawai dan ratusan penduduk sekitar.

Bunga api itu dikatakan akan dinyalakan pada akhir majlis perasmian. Bagaimanapun, bunga api itu tidak berterbangan ke langit malah berterbangan ke arah orang ramai dan menyebabkan 12 orang awam yang berdiri berhampiran kawasan tersebut cedera.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Datuk Bandar Meung Nakhon Phanom, Niwat Jiawiriyaboonya telah mengesahkan kepada media Thai bahawa pejabat daerah itu tidak merancang untuk membuat persembahan bunga api. Pegawai bertugas masih menyiasat siapa yang bertanggungjawab dalam penyediaan bunga api tersebut.

Niwat juga sempat memohon maaf kepada mangsa yang cedera dan menambah bahawa mereka akan menerima rawatan percuma berserta pampasan.

Kerajaan Thailand sebelum ini mengumumkan bahawa mercun dan bunga api diharamkan sewaktu menyambut Pesta Loy Krathong. Denda akan dikenakan bagi mereka yang gagal mematuhi peraturan dan denda juga berbeza mengikut setiap wilayah di Thailand.

Di Bangkok, mereka yang gagal mematuhi peraturan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama tiga tahun, denda RM 7,700 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: The Thaiger

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka