Siakap Keli
Alliance bank naikkan kadar asas
Kredit BERNAMA

Alliance Bank Naikkan Kadar Asas Standard

Alliance Bank naikkan kadar asas standard

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Alliance Bank Malaysia Bhd dan anak syarikatnya Alliance Islamic Bank Bhd akan menaikkan kadar asas standard (SBR) masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berkuat kuasa hari ini.

Ini berikutan semakan Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3 Nov 2022, kepada 2.75 peratus, kata Alliance Bank.

“Sehubungan itu, Alliance Bank akan menaikkan kadar asasnya sebanyak 25 mata asas daripada 3.32 peratus kepada 3.57 peratus setahun manakala kadar pinjaman asas akan disemak daripada 6.17 peratus kepada 6.42 peratus setahun berkuat kuasa 9 Nov 2022, selaras dengan keperluan Rangka Kerja Kadar Rujukan BNM berkuat kuasa 1 Ogos 2022,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Di bawah rangka kerja ini, SBR akan digunakan sebagai kadar rujukan biasa untuk semua institusi kewangan bagi pinjaman kadar terapung runcit baharu mereka dan akan dikaitkan sepenuhnya kepada OPR.

Begitu juga, kadar pembiayaan asas Alliance Islamic Bank akan diselaraskan daripada 6.17 peratus kepada 6.42 peratus setahun, katanya.

Seiring dengan semakan itu, Alliance Bank dan Alliance Islamic Bank juga akan melaras naik kadar deposit tetap mereka berkuat kuasa hari ini.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka