Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

Gaji RM3,500 Boleh Beli Rumah RM420,000, Ini Cara ‘Legit’ Kira Gaji Untuk Beli Rumah Impian

Semakin usia kita meningkat, sudah pasti kita ada keinginan untuk mempunyai rumah sendiri. Mana tidaknya, bila sudah bekerja ni,  ramai yang akan mula menyimpan hasrat nak membeli rumah. Tetapi, pasti akan ada yang tertanya-tanya. Kita ni sudah layak atau tidak untuk membeli sebuah rumah?

Sebenarnya, masih ramai yang tak tahu cara nak mula untuk membeli. Ada di antara korang yang anggap mereka tidak mampu sudahnya tidak beli pun.

Namun, tidak dinafikan ada di antara kita yang akan cari cara macam mana menyemak kelayakan untuk beli rumah. Perkara ini penting untuk korang mendapatkan pinjaman bank berdasarkan jumlah gaji bulanan korang.

Untuk pengetahuan korang, ada cara dan langkah untuk membeli rumah mengikut kemampuan gaji seseorang. Berikut kami kongsikan antara cara untuk check gaji korang sama ada lepas atau tak untuk membeli rumah.

Menariknya, korang boleh guna laman sesawang LPPSA ni. Tetapi, korang mestilah masukkan jumlah pendapatan korang elok-elok ya jangan main letak je.

Pinjaman LPPSA, korang layak atau tak?

Sebelum itu, apa LPPSA ni? Kalau korang nak tahu, LPPSA atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam merupakan satu badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan pembiayaan perumahan bagi sektor awam. Melalui laman sesawang merekalah korang boleh tahu sama ada korang layak mohon pinjaman untuk beli rumah ataupun tidak.

Jumlah Kelayakan Pinjaman

beli rumah

Pembiayaan Pertama: Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pembiayaan Kedua: Ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

  • Anggaran jumlah maksimum pembiayaan boleh dikira menggunakan kalkulator pengiraan kelayakan di laman sesawang LPPSA dengan memasukkan amaun hartanah dan amaun yang dimohon.

Berikut adalah contoh situasi untuk permohonan pinjaman LPPSA bagi harga rumah RM250,000

  • Jumlah Gaji Pokok : RM 3,500.00
  • Jumlah Potongan : RM 275.75
  • Gaji Bersih : RM 3,224.25
  • Skim Pembiayaan : SPPSAi

beli rumah

Bagi yang berminat, korang boleh membuat permohonan dengan melayari laman web LPPSA di sini.

Matlamat ‘Satu Keluarga Satu Rumah’ Untuk B40

Korang tahu tak, pada Februari 2022 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN). Dalam mesyuarat tersebut, beliau bersetuju ​​menetapkan hala tuju baharu Program Perumahan Rakyat (PPR) yang mengambil kira elemen seperti keterhubungan dan akses internet, jaringan hubungan pengangkutan awam dan reka bentuk yang lebih ekonomik dan selesa.

500,000 Unit Rumah Mampu Milik Seluruh Negara

Selain itu, MPMMN turut membincangkan tentang strategi penyediaan dan pelaksanaan 500,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara. Strategi itu akan melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta pihak pemaju perumahan swasta.

Bukan itu sahaja, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan Home Ownership Programme (HOPE). Kalau korang nak tahu, program ini diperkenalkan bagi melihat ekosistem yang lebih menyeluruh dalam penyediaan perumahan, pembiayaan perumahan serta program-program yang dapat membantu Keluarga Malaysia dalam pemilikan perumahan.

Lebih menarik, MPMMN juga memberi tumpuan kepada pembinaan rumah mampu milik di bandar kecil dan pinggir bandar. Hal ini bagi meningkatkan peluang golongan B40 M40 membeli rumah.

Bagi mencapai sasaran SATU KELUARGA SATU RUMAH, Kerajaan Persekutuan akan memberi subsidi dan kerajaan negeri pula menyediakan tanah. Manakala, bank akan mempermudahkan pembiayaan dengan memastikan harga rumah PPR dan rumah mampu milik dapat dijual dengan harga yang sewajarnya. Diharapkan juga agar semua pihak termasuk diri kita sendiri memainkan peranan supaya matlamat tersebut dapat direalisasikan. 

Perkara ini juga bertepatan dengan dasar kerajaan yang komited sediakan rumah mampu milik kepada rakyat. Antara sasaran bagi inisiatif ini adalah kepada generasi muda untuk membeli rumah. Keduanya, kerajaan menyasarkan inisiatif ini di bandar kecil dan pinggir bandar untuk golongan M40.

Adib Mohd