Siakap Keli
Kredit: AFP & Youtube

Jiran-Jiran Dah Tak Tahan, Dakwa Amber Heard Berak Di Tepi Jalan & Ganggu Ketenteraman

Bintang filem Aquaman, Amber Heard dipercayai telah membuang air besar di tepi jalan ketika sedang dalam keadaan mabuk.

Seorang YouTuber bernama Joseph Morris telah berkongsi sebuah video di saluran YouTube, yang mana dia mendedahkan satu kiriman e-mel yang menuduh Amber Heard membuang air besar berdekatan lorong-lorong di Sepanyol.

Dalam e-mel tersebut, pengirim yang dipercayai merupakan jiran kepada bekas isteri Johnny Depp mengatakan Heard pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan menjerit-jerit malam tadi.

Kredit: Youtube

Pengirim e-mel mengatakan jiran-jiran yang tinggal berdekatan dengannya tidak suka akan keberadaannya di sana dan mendakwa Heard kerap minum minuman keras dan berparti hingga lewat malam.

Selain itu, e-mel tersebut turut mendakwa bahawa apa yang dilakukan oleh pelakon itu telah memusnahkan suasana bandar tersebut.

Dalam pada itu, penulis e-mel tersebut telah mengadu kepada Youtuber tersebut atas penemuan satu najis yang dipercayai najis manusia di atas jalan berdekatan rumahnya.

Persoalan mengenai najis tersebut terjawab apabila pengirim mendapati Heard sedang mencangkung dan membuang air besar dalam satu rakaman kamera litar tertutup di kawasan perumahannya.

Kredit: Youtube

Berdasarkan video yang dihantar kepada Youtube tersebut, terdapat beberapa footage yang menunjukkan Heard dipercayai sedang membuang air besar di tepi jalan, sambil berbual-bual dengan kenalannya.

Bukan itu sahaja, terdapat bulatan merah pada imej tersebut yang menunjukkan objek yang dipercayai ‘hasil buangan’ pelakon terbabit.

Kredit: Youtube

Pada akhir e-mel tersebut, penulis mengatakan bahawa mereka mahu Heard meninggalkan kawasan perumahan mereka.

Sumber: Joseph Morris via Youtube

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma