Siakap Keli
Gambar: TikTok @echa.echa__

“Terima Kasih Abang Panda,” Tular “Rider” Gigih Redah Banjir Demi Hantar Makanan 

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Terima Kasih Abang Panda,” Tular “Rider” Gigih Redah Banjir Demi Hantar Makanan 

Sejak kebelakangan ini, negara sering dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan beberapa kawasan yang rendah dinaiki air hingga berlakunya banjir kilat.

Dalam cuaca yang kurang baik, tular seorang penghantar makanan sanggup meredah banjir demi menghantar makanan kepada pelanggan baru-baru ini.

Menerusi sebuah video tular di platform TikTok yang dimuat naik oleh @echa.cha__ memaparkan kegigihan seorang rider FoodPanda yang masih memenuhi permintaan pelanggan tidak kira dalam apa jua keadaan.

@echa.cha__

ada yang kenal kaaa 😆

♬ សំឡេងដើម – 🇰🇭ជីវិតកូនកំព្រា🙂🥺 – 💓សាមណេរ 💓ផាន់នី 🇰🇭

Berdasarkan klip rakaman yang berdurasi 12 saat itu memaparkan penghantar makanan terbabit lengkap berpakaian baju hujan meredah air banjir berkenaan.

“Terima kasih abang panda hantar makanan walaupun rumah banjir,” tulisnya di platform tersebut.

Menjengah ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan terhibur dengan tindakan individu terbabit dalam menghantar pesanan makanan walaupun hujan masih turun sewaktu itu.

Sewaktu artikel ini ditulis, video ini telah mendapat lebih 1.1 juta tontonan dan lebih 78,600 tanda ‘Suka’ serta lebih 1,000 komen di media sosial berkenaan.

Sumber: TikTok @echa.cha__

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?