Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Remaja Antara Tiga Ditahan Polis, Disyaki Halang Petugas Kesihatan Beri Bantuan Kecemasan

Nurhanis
tiga ditahan halang petugas kesihatan
Gambar: Sinar Harian

Remaja Antara Tiga Ditahan Polis, Disyaki Halang Petugas Kesihatan Beri Bantuan Kecemasan

Seorang remaja belasan tahun antara tiga lelaki yang disyaki menghalang petugas kesihatan memberikan bantuan kecemasan kepada seorang wanita di hadapan sebuah pasar raya di Kuala Selangor baru-baru ini ditahan polis, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, difahamkan ketiga-tiga suspek yang ditahan terbabit masing-masing berusia 17, 21 dan 35.

Katanya, segalanya bermula selepas satu panggilan kecemasan mengenai insiden seorang wanita yang cedera pada sekitar 8.40 malam hari kejadian di sebuah pasar raya diterima oleh Hospital Tanjong Karang.

“Petugas kesihatan yang tiba jam 9 malam di tempat kejadian mendapati seorang perempuan cedera, namun semasa membawa pesakit ke dalam ambulans, terdapat individu telah menyerang pemandu kesihatan terbabit,” katanya, memetik Sinar Harian hari ini.

Oleh itu, satu laporan polis berhubung insiden itu dibuat oleh seorang penolong pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian pada semalam.

“Susulan laporan itu, polis telah menahan tiga lelaki pada hari sama laporan itu dibuat (semalam) bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan orang awam tidak menghalang mana-mana penjawat awam semasa menjalankan tugas,” kata Ramli berkenaan kes itu.

Terdahulu, satu video berdurasi 32 saat yang memaparkan keadaan kecoh di depan sebuah pasar raya melibatkan pertengkaran beberapa individu tular di media sosial.

Sumber: Sinar Harian