Siakap Keli
syamsul tanam musang king
Gambar: tangkap layar video tular

Tak Cukup Mengarah Filem, Syamsul Yusof Kini Tanam Musang King

Tak Cukup Mengarah Filem, Syamsul Yusof Kini Tanam Musang King 

Mahir dalam bercucuk tanam, Syamsul Yusof mendedahkan dusun durian Musang King miliknya sehingga meraih perhatian orang ramai kerana kagum akan kebolehannya menjadi seorang petani.

Memaparkan sisi kehidupan yang lain, Syamsul yang juga pelakon dan pengarah filem dilihat berbangga dengan pencapaiannya dalam menanam buah kegemaran rakyat Malaysia iaitu durian yang turut dikenali sebagai ‘raja buah’ di Asia Tenggara.

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok baru-baru ini, Syamsul mendedahkan dusun durian Musang King diusahakannya yang terlihat dipenuhi dengan pelbagai tanaman sehingga dikagumi ramai.

Melawat ladang..mudah mudahan Allah izin,” tulisnya dalam kapsyen di TikTok.

Tangkap layar video TikTok

Difahamkan, Syamsul sedang giat bercucuk tanam dengan menjadikan durian jenis mahal tersebut sebagai tanaman utama, selain dusunnya turut ‘diwarnai’ dengan pelbagai lagi tanaman lain seperti pokok pisang dan cili padi.

Difahamkan, dusun durian miliknya itu terletak di Jelebu, Negeri Sembilan yang juga dipercayai merupakan kampungnya.

Warganet kagum, pujian kerajinan Syamsul

Rata-rata warganet kagum dengan hobi Syamsul yang bukan sahaja hebat dalam mengarah filem, tetapi juga berjaya menjadi petani yang memanfaatkan tanah dengan sebaiknya.

Orang ramai turut menganggap ‘hobi baharu’ Syamsul itu sebagai satu usaha baik kerana berbudi kepada tanah dengan memanfaatkan kawasan sedia ada melalui cara menanam tumbuhan yang boleh dimakan.

“Berbudi pada tanah..mantap boss..salam dari Sabah,” kata salah seorang warganet di ruangan komentar.

“Terbaik..berbudi pada tanah ada hasilnya,” tambah seorang lagi.

‘Pelaburan bijak’

Dalam pada itu, segelintir masyarakat turut berkata pengarah filem tersebut membuat satu pelaburan yang bijak untuk masa depan dengan menanam durian Musang King.

Tangkap layar komen Tiktok
Tangkap layar komen Tiktok

Video tersebut sudah ditonton sebanyak 755,900 kali tontonan (setakat artikel ini ditulis), 52,000 tanda ‘suka’ dan dihujani kira-kira 1,600 komentar warganet di Tiktok itu.

@syamsulyusoffilm

melawat ladang..mudah mudahan allah izin.#musangking #fyp

♬ bunyi asal – syamsulyusoffilm – syamsulyusoffilm

Sumber: Syamsul Yusof via Tiktok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana