Siakap Keli
Kredit Info Komando Official

Anggota Tentera Patah Tulang, Payung Terjun Gagal Mengembang Ketika Latihan

Anggota Tentera Patah Tulang, Payung Terjun Gagal Mengembang Ketika Latihan

Seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) dari pasukan Komando Pasukan Tindakan Pantas (Kopasgat) dilapor patah pinggang selepas payung terjunnya gagal mengembang ketika sedang melakukan latihan terjun bebas.

Menurut Merdeka.com, anggota TNI yang dikenali sebagai Prada Salman Sinaga itu patah tulang pinggul dan kini sedang menjalani rawatan intensif di hospital.

Sewaktu kejadian tersebut, anggota TNI yang lain sedang melakukan latihan taktik untuk turun dari pesawat di Pangkalan Udara Sulaiman pada Selasa lalu.

“Memang benar, ada kejadian salah sorang daripada pelajar yang menyertai aktiviti latihan Kopasgat telah alami keadaan cemas,” kata Ketua Penerangan Kopasgat Kolonel Gunawan kepada Detik.com.

Prada telah jatuh di ketinggian 1,600 kaki atau hampir 500 meter dari ketinggian paras laut.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Jelas Gunawan lagi, proses latihan tersebut telah melalui peringkat teknikal dan mengikut peraturan. Prosesnya adalah menyemak kesesuaian payung terjun, prosedur melipat payung terjun hingga la menggunakannya di udara.

“Ini bermakna tiada unsur yang disengajakan, kerana semuanya telah melalui juruteknik berkenaan penggunaan payung.

“Semuanya sudah melalui peringkat pengajian, lipat payung dan sebagainya sudah tentu melalui seliaan jurutlatih yang pakar berhubung kebolehlaksanaan payung tersebut,” tambah Gunawan lagi.

Kejadian itu berlaku kerana salah satu tali pada payung terjun tersebut telah putus. Ini telah menghalang payung terjun berkenaan daripada mengembang sepenuhnya.

Kredit Info Komando Official

“Ada tali yang terputus semasa lompat, jadi payung tak boleh kembang dengan sempurna,” jelas Gunawa.

Menurut Gunawan lagi, semua peralatan payung terjun yang digunakan pelajar pendidikan Kopasgat telah disemak terlebih dahulu. Tetapi ada beberapa faktor tertentu yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku.

Gunawan mendedahkan keadaan mangsa kini masih dirawat di Hospital Tentera Udara Dr M Salamun di Cipadap, Bandung.

“Keadaan pelajar itu segera dikendalikan oleh pasukan kesihatan. Kemudian mangsa telah dirujuk ke hospital terdekat di Pangkalan Udara Sulaiman,” jelas Gunawan.

Sumber: Detik.Com Merdeka, Info Komando Official

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka