Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dakwa Boleh Hidup Semula, Lelaki Maut Ditikam Rakan Gara-Gara Nak “Test” Tangkal

Noorliyana Ishak
Nak "Test" Tangkal
Gambar: Thaiger

Dakwa Boleh Hidup Semula, Lelaki Maut Ditikam Rakan Gara-Gara Nak “Test” Tangkal

Seorang lelaki dilapor maut ditikam oleh rakannya kerana percaya tangkal yang dipakai oleh mangsa boleh menghidupkannya kembali pada Ahad, 6 November lalu.

Menurut Thaiger, suspek yang baru sahaja dibebaskan dari penjara pada tahun lepas kerana kes bunuh nekad menguji keberkesanan tangkal mangsa itu dengan menikamnya pada bahagian dada mangsa.

Pihak polis melaporkan bahawa mangsa yang berusia 44 tahun maut ditikam oleh suspek yang juga merupakan rakannya berusia 51 tahun, di sebuah rumah di kawasan Klong Toey, Bangkok.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Namun begitu, mangsa pada mulanya berjaya melarikan diri dari tempat kejadian dan menahan seorang penunggang motosikal untuk membawanya ke hospital namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Susulan daripada itu, penunggang motosikal tersebut memaklumkan bahawa mangsa sempat mendedahkan butiran kejadian sebelum dia meninggal dunia.

Gambar: Facebook Ch7HD News

Pegawai polis dari Balai Polis Tha Ruer kemudian menyerbu rumah berkenaan dan memeriksa rakaman litar tertutup (CCTV).

Rakaman terbabit mendedahkan bahawa kedua-dua mereka sedang minum bersama dengan beberapa orang lagi rakan sekerjanya di rumah itu ketika kejadian.

Selepas itu, mereka keluar bersama-sama untuk membuang air kecil di luar rumah dan kembali semula ke rumah itu.

Gambar: Facebook Ch7HD News

Kemudiannya, suspek dilapor mengekori mangsa dan meminta tangkal yang dipakainya. Suspek juga telah meminta kebenaran daripada mangsa untuk menguji keberkesanan tangkal tersebut sebelum menikam mangsa.

Menurut laporan, kedua-dua rakan itu minum bersama hampir setiap hari dan tidak pernah bertengkar sebelum ini.

Terdahulu, suspek dipenjarakan pada empat tahun lalu di wilayah selatan Thailand kerana kes pembunuhan dan dibebaskan pada tahun lepas, lapor Thaiger.

Polis dilaporkan sedang giat memburu suspek dan percaya bahawa dia sedang bersembunyi di sekitar kawasan Klong Toey.

Sumber: Thaiger