Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Elon Musk Hapuskan Dasar Kerja Jarak Jauh, Arah Pekerja Twitter Habiskan 40 Jam Seminggu Di Pejabat
Pemilik baharu Twitter Inc, Elon Musk telah menamatkan dasar kerja jarak jauh dan mengarahkan kakitangan syarikat itu untuk kembali bekerja di pejabat.
Memetik laporan Daily Mail, ia dilakukan sebagai langkah untuk memantapkan prestasi syarikat itu dan dalam masa yang sama untuk menghadapi cabaran ekonomi yang getir.
Mengikut ramalan, Twitter yang bergantung khusus kepada pengiklanan secara tidak langsung akan terjejas.
Dalam pada itu, Musk berkata pekerjanya perlu menghabiskan sekurang-kurangnya 40 jam seminggu di pejabat.
Tempoh masa tersebut tertakluk kepada syarat yang diluluskan oleh pihaknya sebagai pemilik baharu Twitter.
Bagaimanapun, Musk mempunyai tanggapan bahawa jalan yang akan dilalui di masa hadapan adalah lebih sukar dan demi mengecapi sebuah kejayaan, usaha perlu ditingkatkan lagi.
Dasar kerja yang dibuat olehnya itu telah pun berkuat kuasa serta-merta pada malam tadi.
Tambahan pula, dasar itu diperbaharui semula selepas pihaknya mendapat tahu bahawa Twitter sebelum ini pernah mengadakan perjanjian tetap dengan kakitangan untuk membolehkan mereka bekerja dari mana-mana sahaja.
Musk menjelaskan bahawa pengecualian secara individu boleh dibuat, namun hanya atas kes tertentu.
Selain itu, dia turut menghapuskan cuti ‘hari rehat’ yang merupakan cuti bulanan seluruh syarikat yang diperkenalkan sewaktu tempoh pandemik.
Terdahulu, Musk telah menaikkan harga langganan Twitter Blue kepada $8 sebulan yang disertakan sekali dengan pengesahan pengguna.
Sumber: Daily Mail