Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Kami Dah Grad,” Najwa Latif Sah Tamatkan Zaman Bujang Bersama Pasangan
Penyanyi terkenal, Najwa Latif pada hari ini telah menamatkan zaman bujangnya bersama seorang penyanyi lelaki bernama Akwa Ariffin yang merupakan pasangan duetnya dalam lagu Tak Kisah Pun dan Dua.
Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku itu telah berkongsi berita gembira tersebut menerusi hantaran terbaru di akaun Instagram rasmi miliknya sebentar tadi.
“Alhamdulillah, kami dah grad,” tulis hantaran itu berserta gambar kedua pasangan selebriti itu berada di atas pentas pelamin.
Tahniah buat Najwa Latif dan Akwa Ariffin. Semoga ikatan yang dibina ini berkekalan hingga ke Jannah.
Sumber: Najwa Latiff/Instagram
BACA: Patutlah Banyak “Sale” Bermula Lewat Malam, Tapi Ramai Yang Tak Sedar Sebabnya