Siakap Keli

Mungkin Ingat Sarang, Tengah Jalan-jalan Burung Datang Bertenggek Atas Rambut Abang Ni

Mungkin Ingat Sarang, Tengah Jalan-jalan Burung Datang Bertenggek Atas Rambut Abang Ni

Cerita-cerita dan juga kejadian-kejadian pelik yang menghiburkan sering kali berlegar-legar di seluruh pelusuk media sosial sama ada luar mahupun dalam negara hingga ada yang diluar jangkauan kita sebagai seorang manusia. 

Sebelum ini, Siakap Keli ada kongsikan beberapa kisah pelik yang telah berjaya menarik perhatian umum seperti kanak-kanak yang suka dengan ikan mentah hingga bawa ke tempat tidur dan tidur bersama-sama. 

Selain itu, terdapat juga kisah seorang kanak-kanak perempuan yang menangis teresak-esak kerana tidak mahu mukanya disamakan dengan ayahnya. Dia lebih suka jika wajahnya mirip ibu berbanding bapanya. Kejadian ini berlaku di luar negara iaitu China. 

Terbaru, kisah pelik yang ingin kami k0ngsikan pada hari ini mengenai sebuah video yang berjaya meraih satu juta tontonan di aplikasi TikTok dimana seekor burung yang bertenggek di atas kepala seorang lelaki. 

Menerusi video yang tular dikongsikan oleh Bulan (@killivgs), dapat dilihat dengang jelas seekor burung pipit yang ‘singgah’ di atas kepala seorang lelaki yang memiliki potongan rambut jenis keriting.

Dalam pada itu, burung tersebut juga dilihat sangat selesa dan sangat jinak ketika berada di atas rambut lelaki tersebut sehingga tidak berganjak atau terbang apabila lelaki tersebut menyentuhnya. 

@killivgs

#fyp

♬ El Gato – MIMII🧷

Apa kata netizen?

Meneroka ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video yang dikongsikan tersebut dan ada juga yang tidak menyangka ia berlaku dalam dunia realiti dan menyangka ia hanya berlaku di dalam cerita kartun di dalam televisyen.

“Salah sarang tu dik…” 

“Terus tinggal situ jela…”

“Elok tak lari pula dia…”

Apa pun, cara lelaki ini melayan burung berkenaan dengan berhemah ternyata menerima pujian ramai. Ada yang berpendapat lelaki berkenaan mungkin seorang pencinta haiwan sehingga burung tersebut berasa selamat berada berdekatannya.

BACA: “Sampai 85% Kena Potong,” 150 Peniaga “Online” Dicari Pihak Tertentu, Ada Kaitan Dengan RM60,000

Sumber: Bulan (TikTok)

Faiz Mustafa