Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Aras Air 8 Lokasi Sungai Di 7 Buah Negeri Termasuk Selangor & Kelantan Kini Di Paras Bahaya
Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh pihak JPS, terdapat beberapa lokasi yang mencatatkan paras air pada tahap amaran dan bahaya di beberapa negeri seperti Sarawak, Selangor, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Pahang dan Kedah.
Mengikut senarai tersebut, terdapat tujuh lokasi yang mencatatkan tahap amaran BAHAYA seperti Long Jegan (Miri, Sarawak), Sungai Selangor (Kuala Selangor, Selangor), Sungai Siam (Kulai, Johor), Sungai Skudai (Kulai, Johor), Rantau Panjang ( Pasir Mas, Kelantan), Sungai Linggi (Port Dickson, Negeri Sembilan), Sungai Junjung (Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang) dan Sungai Melaka (Melaka Tengah, Melaka).
Manakala terdapat beberapa lokasi yang mencatatkan status tahap AMARAN seperti Long Teru, Marudi (Sarawak), Sungai Langat, Sungai Binjai (Selangor), Parit Keliling (Johor), Cheng D/S (Melaka), Sungai Serting, Sungai Triang (Pahang) dan Sungai Anak Bukit (Kedah).
Untuk mendapatkan lokasi dengan lebih tepat, anda boleh merujuk pada senarai lengkap yang dikeluarkan oleh pihak JPS di bawah:




Bagi sesiapa yang tinggal berdekatan kawasan yang dinyatakan di atas, sila berwaspada dan ikuti perkembangan status banjir dari semasa ke semasa.
BACA: Terkenal Dalam Drama Kung Fu, Pelakon Terkenal Hong Kong, Yu Chi-Ming Meninggal Dunia
Kredit: Jabatan Pengairan dan SSaliran (JPS) via Facebook