Siakap Keli
Sumber: Beastlab/Twitter

Ada Yang Cecah Sampai RM 417,000 Sebotol, Ini 7 Air Mineral Termahal Di Dunia

Air Mineral Termahal RM 417,000 Sebotol, Ini 7 Air Mineral Termahal Di Dunia

Air merupakan perkara asas yang sangat diperlukan oleh semua hidupan di atas muka bumi ini. Tidak kira tumbuhan, haiwan mahupun manusia, air adalah tunjang utama kemandirian kesemua makhluk bernyawa.

Bagi kita, air yang bersih sangat diperlukan untuk memastikan sistem tubuh badan kita dapat berfungsi dengan baik. Mengikut saranan, manusia perlu minum air secukupnya sesuai dengan keperluan tubuh badan masing-masing. Namun saranan yang biasa kita dengar, kita digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

Salah satu sumber air mentah yang terbaik untuk kita minum adalah air mineral. Air mineral merupakan air yang diambil daripada sumber kandungan air bawah tanah melalui mata air atau sumber-sumber lain.

Menurut sesetengah pihak, air mineral mempunyai manfaat dan khasiat tersendiri berbanding air terawat yang disalurkan melalui paip-paip air milik syarikat pembekal air.

Namun begitu, air mineral ini biasanya perlu dibeli dan harganya juga berbeza-berbeza, bergantung kepada jenama, kandungan mineral dan dari mana punca airnya.

Jadi kali ini, jom kita lihat 7 jenis air mineraltermahal di dunia yang di kongsi oleh seorang pengguna media sosial di akaun Twitternya, Beastlab.

7# Iluliaq -RM 210 Sebotol

Kredit: Beastlab/Twitter

Iluliaq berasal dari glasier Sermeq Kujalleq di Greenland. Cara pembuatan air ini adalah dengan membawa Aisberg tersebut di ke atas bot oleh pekerja tempatan sebelum dibawa ke dalam tong dan dibiarkan cair secara semulajadi.

Pengeluaran air ini juga amat terhad kerana ia bergantung kepada persekitaran dan elemen semulajadi. Syarikat pengeluaran Iluliaq juga tidak menyimpan stok untuk terlalu lama bagi memastikan setiap botol yang diberikan kepada pelanggan adalah yang paling segar.

6# Svalbard -RM 354 setiap 750ml

Kredit: Beastlab/Twitter

Air mineral ini diperolehi dari Svalbard, yang terletak di Lautan Artik, utara Tanah Besar Eropah. Glasier atau ais di Svalvard dicairkan dan diproses sedemikian rupa sehingga menjadi air mineral sedia untuk diminum. Air mineral ini sesuai dijadikan hadiah kepada keluarga serta rakan-rakan anda.

Botolnya yang diperbuat daripada kaca ‘extra-flint’ sementara penutupnya daripada kayu yang menyerupai kayu hanyut artik membuatkannya sebotol air mineral premium.

5# Fillico -RM 1,000 Sebotol

Kredit: Beastlab/Twitter

Air mineral filico air semulajadi yang berkualiti tinggi ini berasal dari Kobe, Jepun. Ia dibungkus dengan menggunakan teknologi pembungkusan canggih dan menggunakan reka bentuk yang unik serta dihiasi kristal Swarovski.

4#Kona Nigari -RM 1,676 setiap 750ml

Kredit: Beastlab/Twitter

Pembungkusannya mungkin dilihat tidak padan dengan harganya yang premium, namun kebersihan dan manfaatnya yang baik untuk kesihatan membuatkan ramai tertarik dengan air ini. Beberapa ahli dermatalogi dan jurulatih kecergasan terkenal juga turut mengesyorkan orang ramai menggunakan air tersebut.

Kona Nigiri diambil daripada sumber air yang terletak pada kedalaman 2000 kaki di bawah permukaan Lautan Pasifik di Hawaii. Ia didakwa mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan mengambil kira sifat-sifat istimewa yang terkandung di dalamnya.

3#Bling H20’s The Ten Thousand – RM 11,300 Sebotol

Kredit: Beastlab/Twitter

Bling H20 agak literal dalam menamakan produk mereka dengan nama The Ten Thousand kerana botol itu dihiasi dengan 10,000 kristal Swarovski. Jadi, anda tahukan dari mana harga mahalnya datang?

2# Acqua di Cristallo Tributo a Modigliani -RM 250,000 sebotol

Kredit: Beastlab/Twitter

Dengan air ini anda akan dapat merasai kedua-kedua air dan emas. Air ini merupakan kombinasi air glacier dari Iceland dan perairan semulajadi dari Perancis dan Kepulauan Fiji.

Botolnya adalah buatan tangan yang diperbuat daripada emas 24 karat dengan 5mg debu emas 23 karat, berdasarkan karya seni artis Itali, Amedeo Clemente Modigliani.

Harga mahalnya sangat dipengaruhi oleh bahan pembuatan botolnya.

1#Beverly Hills 90H20 Luxy Collection Diamond Edition -RM 417,000 Sebotol

Kredit: Beverly Hills 90H20

Beverly Hills sentiasa mengangkat produk mereka sebagai champangne versi air kerana rasanya yang sangat menakjubkan. Namun begitu, air ini hanyalah berasal dari sumber mata air yang terletak di utara California.

Sesetengah jenama di atas, harganya mahal bukan kerana dipengaruhi oleh kualiti airnya sahaja sebaliknya turut ditentukan oleh prestij jenamanya dan juga kualiti pembotolan produk tersebut. Bagi yang berkemampuan, pasti tidak kisah untuk membeli air tersebut demi memastikan dirinya dapat minum air mineral daripada sumber yang bersih dan selamat.

Sumber: Beastlab via Twitter, svalbardi iceberg via instagram

Shafikah