Siakap Keli
tiktok manchester united guna sound orang melayu
Gambar: Tangkap layar video tular

“Comeyy Garnacho,” TikTok Manchester United Guna ‘Sound’ Orang Malaysia

Pasukan gergasi Eropah, Manchester United (MU) meraih kemenangan 4-2 ke atas Aston Villa dalam saingan Piala EFL di Old Trafford pada Jumaat lalu.

Ekoran itu, terdapat pelbagai klip video yang menunjukkan momen-momen menarik bagi meraikan kemenangan mereka.

Sudah tentunya, Tiktok laman rasmi MU turut menyiarkan dan berkongsi kemahiran pemainnya dalam menjaringkan gol semasa perlawanan itu berlangsung.

Dalam pada itu, terdapat satu video yang paling mencuri tumpuan warganet, di mana MU menggunakan background sound yang berasal dari Malaysia sewaktu berkongsi video aksi pemainnya Alejandro Garnacho.

Bagi menambah berita gembira itu, Tiktok MU turut meletak kapsyen di video dalam bahasa Melayu sehingga membuatkan warganet berfikir bahawa pengendali media sosial itu merupakan orang Malaysia.

Seiring dengan background sound itu, MU juga mengeja perkataan ‘comel’ kepada ‘comey’ (dialek Kelantan) menunjukkan mereka memahami perbezaan bahasa itu.

“Comeyyy Garnacho,” memetik kapsyen di video MU.

 

@manutd Garnacho 🔥🔥 #ManUtdMalaysia #UnitedOnTiktok ♬ bunyi asal – Peng 🉐 – 0%

Pada awalnya TikTok MU itu berkongsi mengenai video tersebut menggunakan sound asal, menunjukkan suasana di saat Garnacho mengelecek bola dan menghantarnya kepada McTominay.

Namun mereka berkongsi semula video berkenaan menggunakan sound rakyat Malaysia hingga membuatkan viewers bertambah mencecah sehingga 1.3 juta tontonan.

Di ruangan komentar, ia dipenuhi dengan kata-kata warganet Malaysia yang rata-ratanya berbangga kerana background sound bahasa Melayu Kelantan mula dikenali di peringkat antarabangsa.

Sementara itu menjengah ke ruangan komentar, ramai yang berlumba-lumba meninggalkan komen gurauan bahawa pengendali laman Tiktok MU itu merupakan orang Kelantan.

Video tahun 2021

Background sound itu sebenarnya milik seorang pengguna TikTok yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak, di mana pada waktu itu pasukan terbabit sedang membuat sepakan penalti namun sepakannya terlepas dari gawang gol.

@peng20091

HAHA

♬ bunyi asal – Peng 🉐 – 0%

Difahamkan, video itu telah disiarkan pada bulan Mei 2021 namun mula digunakan semula oleh orang ramai kerana dilihat sepadan dengan video yang dikongsi.

Turut menggunakan sound negara yang sama

Sebelum ini, akaun TikTok MU juga pernah menggunakan background sound rakyat Malaysia iaitu milik pempengaruh yang terkenal, Ryan Bakery.

MU menggunakan background sound ‘smart woo’ apabila berkongsi detik Jadon Sancho menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Liverpool.

Segelintir warganet turut mengatakan bahawa TikTok itu sememangnya kerap menggunakan sound daripada pelbagai bahasa untuk menarik perhatian penonton dari luar negara.

Sumber: Manutd via Tiktok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana