Siakap Keli
SRK Ditahan Di Lapangan Terbang
Gambar via Zee News

SRK Ditahan Di Lapangan Terbang Mumbai, Dipercayai Tidak Isytihar Barangan Mewah

Pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan baru-baru ini dilaporkan telah ditahan oleh pihak kastam di Lapangan Terbang Mumbai kerana dipercayai membawa barangan mewah atau harta yang tidak diisytiharkan di dalam bagasi mereka.

Memetik NDTV, antara barangan yang ditemui oleh pihak kastam termasuk sebuah jam tangan bernilai sekitar RM4,000 dan juga enam jam tangan berjenama mewah lain dengan anggaran nilai mencecah hingga lebih RM100,000. 

Difahamkan, barang tersebut ditemukan oleh pihak kastam semasa mereka melakukan pemeriksaan ke atas pelakon itu yang baru sahaja tiba di terminal Chhatrapati Shivaji, Mumbai pada Sabtu, 12 November lalu dengan menaiki sebuah jet peribadi. 

Menurut laporan, pihak beliau perlu membayar denda lebih kurang RM 39,000  kepada pihak kastam sebelum dia dan pengawal akan dibenarkan meninggalkan lapangan terbang tersebut. 

Namun, disebabkan kaunter bayaran tidak beroperasi pada waktu tersebut, Shah Rukh Khan dibenarkan pulang terlebih dahulu, manakala salah seorang daripada pengawalnya hanya dibenarkan pulang selepada membayar jumlah denda tersebut keesokan paginya. 

Difahamkan juga, Shah Rukh Khan telah hadir ke sebuah acara iaitu Festival Buku 2022 di darah Sharjah untuk menerima anugerah Ikon Filem dan Kebudayaan. 

BACA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

BACA JUGA: “Sampai 85% Kena Potong,” 150 Peniaga “Online” Dicari Pihak Tertentu, Ada Kaitan Dengan RM60,000

Sumber: NDTV

Faiz Mustafa