Siakap Keli
u, Afrika Selatan Bukan Nama 'Sebenar' Sebuah Negara
Kredit: Pixabay

Tak Ada Apa-apa Makna, Ramai Tak Tahu, Afrika Selatan Bukan Nama ‘Sebenar’ Sebuah Negara

Tak Ada Apa-apa Makna, Ramai Tak Tahu, Afrika Selatan Bukan Nama ‘Sebenar’ Sebuah Negara

Bila pertama kali anda mula mengenali Afrika Selatan? Nama negara ini mungkin pertama kali didengar oleh kebanyakan orang apabila dipilih menjadi penganjur Piala Dunia pada 2010.

Namun tahukah anda, nama Afrika Selatan ini mempunyai sejarah yang panjang. Nama negara ini sebenarnya diwarisi daripada nama tinggalan penjajah, British yang menjajah benua itu suatu ketika dahulu. Ketika negara-negara Afrika yang lain menukar nama, Afrika Selatan menjadi salah satu negara yang mengekalkan nama negara era kolonial hingga ke hari ini.

British menyatukan empat wilayah yang terletak di selatan Afrika dan menamakanya sebagai Kesatuan Afrika Selatan. Pada 1961, kesatuan berkenaan memperkenalkan perlembagaan sendiri dan memilih Republik Afrika Selatan sebagai nama negara.

Gambar hiasan | Kredit: Pizabay

Menurut ahli politik tempatan dan kerajaan, Afrika Selatan hanya membawa maksud ‘arah dimana negara itu berada’ dan bukannya nama sebenar negara itu. Malah, timbul juga perbincangan bahawa negara berkenaan hakikatnya tidak mempunyai nama hingga sekarang.

“Wahai Afrika Selatan, kita masih tidak mempunyai nama negara sampailah ke hari ini. Ini disebabkan, Afrika Selatan bukanlah nama, ia adalah penunjuk arah. Selatan bagi benua Afrika. Ia bukanlah nama, ia adalah penunjuk arah. Kita perlukan nama bagi negara kita yang indah ini,”

Penerimaan nama negara oleh rakyat tempatan

Selain menjadi perbincangan di peringkat parti-parti politik, nama Afrika Selatan juga dibincangkan oleh orang ramai. Bagi mereka, nama ini tidak mengandungi apa-apa falsafah ataupun makna yang bersangkut paut dengan identiti kebangsaan.

Justeru, dalam kalangan penduduk tempatan, ada yang menggunakan nama tidak formal sebagai rujukan kepada Afrika Selatan. Antaranya ada nama seperti Azania dan Mzansi.

Anzania merupakan nama lokal yang sering digunapakai oleh golongan nasiolis dan liberationist Afrika Selatan. Ia dipercayai bersifat mitologikal dan berakar dari zaman empayar Roman kuno lagi.

Manakala Mzansi pula adalah nama kolokial Afrika Selatan. Penggunaan Mzansi pula adalah lebih meluas merangkumi pelbagai aspek seperti kebudayaan dan muzik.

Selain itu, banyak nama-nama jalan, bandar dan wilayah di Afrika Selatan juga diubah dan ada di antaranya masih menjalani proses perubahan.

Nama-nama asal kebanyakan negara Afrika

Seperti Zaire yang dahulunya dikenali dengan nama Abyssinia, terdapat lebih daripada 20 negara benua Afrika yang telah menukarkan nama sejak 1960-an, kebanyakannya berubah sejak ara kejatuhan pemerintahan penjajah.

Pada era kolonial, kebanyakan negara-negara Afrika ini diberikan nama penunjuk arah atau ada kaitan dengan arah mata angin. Misalnya Namibia dahulunya dikenali sebagai South West Africa, Botswana (Bechuanaland), Mozambique (Portuguese East Africa) dan Zimbabwe (Rhodesia).

Apabila mencapai kemerdekaan atau dimerdekakan, negara-negara ini menukar nama negara masing-masing kepada nama yang lebih bersifat lokal dan mempunyai maksud yang tersendiri.

Faktor nama negara yang memiliki petunjuk arah

Hari ini, kebanyakan negara-negara yang memiliki arah mata angin pada namanya merupakan negara baharu dibentuk selepas perpecahan sebuah negara yang besar.

Sebagai contoh, Sudan Selatan asalnya merupakan sebahagian daripada negara terbesar di Afrika, iaitu Sudan sehingga wilayah tersebut memutuskan untuk berpisah secara rasmi daripada Sudan.

Bukan itu sahaja, Semenanjung Korea dahulunya merupakan sebuah wilayah yang bersatu. Namun, wilayah tersebut berpisah secara de facto kepada dua buah negara iaitu, Korea Utara dan Korea Selatan.

Ada juga kes, kedua-dua negara yang pernah berpisah ini disatukan semula seperti Jerman (Jerman Timur dan Jerman Barat) dan Vietnam (Vietnam Utara dan Vietnam Selatan).

Secara keseluruhan, hanya tiga buah negara yang masih memiliki petunjuk arah pada namanya, tanpa mengalami apa-apa perpisahan wilayah. Berlainan dengan faktor politik sebelum ini, petunjuk arah dalam nama bagi ketiga-tiga buah negara ini adalah berdasarkan kedudukan geografinya pada peta dunia.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Ketiga-tiga negara itu semuanya terletak di benua Afrika iaitu Republik Afrika Tengah, Sahara Barat dan sudah semestinya, Afrika Selatan.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, dunia masih merujuk negara di Selatan Afrika itu dengan nama Afrika Selatan, tidak dapat dipastikan sama ada negara berkenaan benar-benar akan mengubah namanya di masa akan datang.

Sumber: Afrika Stream via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma