Siakap Keli
poland peluru berpandu
Gambar: Facebook WoW - Wolski o Wojnie

Poland Dihentam Peluru Berpandu Didakwa Buatan Rusia, Sekurang-kurangnya Dua Maut

Poland Dihentam Peluru Berpandu Didakwa Buatan Rusia, Sekurang-kurangnya Dua Maut

Peluru berpandu dipercayai buatan Rusia dilapor menghentam sebuah kawasan di perkampungan di Przewodow, timur Poland dan 6 kilometer dari Sempadan Ukraine, menyebabkan sekurang-kurangnya dua mangsa terbunuh. Media tempatan berkata, peluru berpandu berkenaan mengenai sebuah kemudahan pengurusan bijirin.

Menurut CNA, kejadian itu berlaku pada petang Selasa (waktu tempatan). Poland sudahpun memanggil Duta Rusia untuk memberikan penjelasan.

Insiden berkenaan dibimbangi akan menyebabkan konflik Rusia-Ukraine yang sedang berlangsung ketika ini merebak ke nagara-negara sekitarnya. Hal ini disebabkan Poland adalah negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO,) dan setiap negara anggota NATO mempunyai tanggungjawab kolektif untuk melindungi antara lain.

Salah seorang sumber dalam NATO berkata, pertubuhan berkenaan kini sedang bekerjasama rapat dengan Poland dalam meneliti kejadian tersebut.

Malah, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sudah menghubungi Presiden Poland, Andrzej Duda dan menyatakan komitmen yang kukuh terhadap NATO serta menyokong usaha untuk menyiasat hal tersebut. Amerika Syarikat merupakan negara anggota terpenting NATO.

Walau bagaimanapun, Andrzej juga berkata bahawa pihaknya buat masa ini tidak mempunyai bukti yang kukuh mengenai pihak yang bertanggung jawab dalam melancarkan peluru berpandu tersebut. 

“Ia mungkin peluru berpandu buatan Rusia, tapi ia masih lagi berada dalam siasatan buat masa ini,” jelasnya. 

Disamping itu, beliau juga berkata bahwa tidak ada tanda-tanda bahawa tragedi itu akan berulang dan ia hanya berlaku sekali sahaja setakat ini. 

BACA: “Sampai 85% Kena Potong,” 150 Peniaga “Online” Dicari Pihak Tertentu, Ada Kaitan Dengan RM60,000

Sumber: CNA

Faiz Mustafa