Siakap Keli
Kredit: FAM

Hitam Kuning Luar Biasa, FAM Umum Jersi Baharu Untuk Skuad Harimau Malaya

Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan rekaan bagi jersi untuk pasukan Harimau Malaya bersempena AFF Suzuki Cup

Sebentar tadi, pihak FAM telah memuat naik hantaran mengenai pengumuman jersi rasmi Harimau Malaya bagi sesi 2022 sehingga 2024.

Difahamkan bahawa jersi berjenama Nike ini akan membawa identiti negara kita ke perlawanan AFF Suzuki Cup yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Selain itu, warna utama bagi jersi kali ini adalah hitam dan kuning. Perbezaan antara jersi Home dan Away adalah dominasi salah satu warna utama pada jersi tersebut.

Walaupun kurang kelihatan jelas dalam gambar tersebut, jersi ini juga memiliki tekstur dengan bercorakan motif belang harimau. Motif ini bersesuaian dengan nama skuad kebangsaan kita yang bernama Harimau Malaya.

Bagi jersi penjaga gol, warna hijau zamrud dipilih sebagai warna utama jersi untuk menampakkan kelainan kepada pemakainya daripada pemain-pemain di posisi lain.

Kredit: FAM
Kredit: FAM
Kredit: FAM
Kredit: FAM

“Hitam Kuning bukanlah hitam kuning yang biasa. Kerana Hitam Kuning ini adalah warna jiwa para pahlawan Harimau Malaya”

Berikut merupakan secebis petikan daripada video promosi jersi baharu tersebut. Jika anda berminat, anda boleh mengakses video tersebut di bawah:

Sumber: FAM via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma