Siakap Keli
mh17 ditembak jatuh peluru rusia
Gambar: BERNAMA

Mahkamah Belanda Putuskan Pesawat MH17 Ditembak Jatuh Akibat Peluru Berpandu Buatan Rusia

Mahkamah Belanda pada Khamis memutuskan bahawa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh pada 2014 dahulu adalah akibat tembakan peluru berpandu buatan Rusia.

Seperti yang dilapor Bernama hari ini, peluru berpandu buatan Rusia berkenaan disasarkan dari sebuah padang di timur Ukraine ketika hari kejadian.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Hakim Hendrik Steenhuis pada perbicaraaan di Mahkamah Belanda, The Hague pada hari ini.

Difahamkan, kejadian itu mengakibatkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh apabila Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak oleh pihak pemisah.

Mahkamah telah dimaklumkan bahawa kapal terbang itu ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu yang dibekalkan Moscow, hingga menyebabkan warga Rusia Igor Girkin, Sergei Dubinsky, Oleg Pulatov dan warga Ukraine Leonid Kharchenko telah ditahan pada 2020.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana