Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

GAZA, 18 Nov (Bernama) — Sekurang-kurangnya 21 rakyat Palestin termasuk tujuh kanak-kanak terbunuh manakala lebih 30 lagi cedera dalam kebakaran membabitkan bangunan kediaman di Jabaliadi di Tal-Za’tar, utara Semenanjung Gaza pada Khamis, lapor Xinhua memetik sumber keselamatan dan perubatan.
Angka korban dijangka meningkat memandangkan beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal, kata pengarah sebuah hospital, Salah Abu Laila.
Menurut saksi kejadian, anggota pertahanan awam bertungkus lumus untuk mengawal kebakaran.
Kenyataan Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, siasatan awal mendapati sejumlah besar bahan api yang disimpan di dalam bangunan itu mungkin menjadi punca kebakaran.
Sumber: Bernama