Siakap Keli
Sinar Harian via Astro Awani

Zulfazil, Abang Kepada Zamani Slam Meninggal Dunia Malam Tadi

Abang kepada penyanyi popular, Zamani Slam dipercayai meninggal dunia malam tadi.

Penyanyi Gerimis Mengundang tersebut telah menyatakan berita duka itu menerusi Facebook miliknya.

Menurutnya, arwah abangnya telah menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat.

“Dukacita saya dan keluarga ingin memaklumkan bahawa Abang saya iaitu Zulfazil bin Ibrahim telah menghembuskan nafas yang terakhir baru sebentar tadi..,” dalam satu kenyataannya di Facebook.

Selain melahirkan rasa duka atas kehilangan salah seorang daripada ahli keluarganya, Zamani Slam turut meminta agar para peminatnya menyedekahkan bacaan surah al-Fatihah dan berdoa agar urusan abangnya dapat dipermudahkan.

Salam takziah buat Zamani sekeluarga, semoga arwah abangnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

BACA: Pelakon & Pempengaruh, Syazlin Zainal Meninggal Dunia

Sumber: Zamani Ibrahim via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma