Siakap Keli
Annuar Musa Dakwa Zahid Adakan Perjumpaan Secara Senyap
Gambar: Astro Awani

Annuar Musa Dakwa Zahid Adakan Perjumpaan Secara Senyap Pada 2020 Untuk Angkat Anwar Jadi PM

Annuar Musa Dakwa Zahid Adakan Perjumpaan Secara Senyap Pada 2020 Untuk Angkat Anwar Jadi PM

Dalam satu sidang media yang diadakan pada petang ini Tan Sri Annuar Musa mendakwa bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan secara senyap untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada Julai dan Ogos 2020 lalu.

Dalam sidang media tersebut, beliau berkata pengerusi UMNO itu telah mengadakan satu perjumpaan secara tertutup di sebuah rumah di Ampang mengenai perkara tersebut.

Dakwanya lagi, bagaimanapun Zahid menafikan perkara tersebut.

“Kita nak elakkan mudarat yang lebih besar, biarlah Datuk Seri Zahid yang undur diri.

“Tapi kalau dia teruskan agenda dia bermula bulan Ogos 2020 lagi, dia tipu ahli-ahli UMNO dan menafikan rancangan nak angkat Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

“Bila saya dedahkan dia tandatangani surat bulan Oktober 2020 sokong Anwar jadi Perdana Menteri di belakang kami, dia nafikan. Berapa orang ahli kena gantung, kena pecat kerana dituduh menfitnah.

“Tapi hari ini kan realiti dah terpampang termasuk apa yang berlaku pada hari ini. Jadi Takkan pembohongan ini perlu berterusan.

“Alhamdulillah dulu saya dianggap pengkhianat kepada parti.

“Tapi hari ini dah terbukti, saya dah tahu pada bulan Julai dan Ogos 2020, perjumpaan secara senyap berlaku di Ampang di satu rumah merancang nak mengangkat anwar jadi Perdana Menteri,” katanya.

Jelas Annuar lagi, Datuk Seri Zahid perlu mengambil jiwa yang besar untuk berundur serta merta dan serahkan pada orang lain untuk menentukan hala tuju yang seterusnya.

Sumber: Live Astro Awani

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?