Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jawatan Perdana Menteri masih lagi ‘terbuka’ buat masa ini.
“Sekarang ni masih ada kekosongan jawatan dan terbuka untuk permohonan,” katanya berseloroh.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara petang tadi.
Mengenai status Perdana Menteri baharu, Anwar turut menyatakan bahawa masih tiada sebarang keputusan berhubung siapa yang bakal menerajui negara selepas beliau keluar dari Istana Negara sementara menunggu YDPA memberi kata putus.
Malah jelasnya, pihaknya bersedia untuk memberi ruang dan menyerahkan segalanya kepada YDPA untuk membuat keputusan.
“Setelah menerima baik dan semangat kerajaan perpaduan, maka saya berpandangan, kita bagi masa sedikit buat kami dan ke bawah duli Tuanku untuk memberi pertimbangan untuk putuskan secara muktamad,” katanya.
Dalam masa sama, beliau menjelaskan bahawa setakat ini masih belum ada apa-apa keputusan rasmi, malah turut menafikan berita tular tentang pelantikannya sebagai Perdana Menteri Interim.
“Tiada apa apa keputusan dibuat YDP Agong berkaitan pelantikan Perdana Menteri atau penubuhan kerajaan persekutuan setakat ini termasuk laporan tular berkaitan pelantikan Perdana Menteri Sementara.
“Kita minta pertimbangan Agong untuk memutuskan sebaiknya,” katanya.
Bagaimanapun ketika ditanya pemberita mengenai nama calon Perdana Menteri baharu, beliau menjawab “Setakat ini bagi pihak kita adalah Anwar Ibrahim,” katanya.
Info lanjut menyusul kemudian.
Sumber: Siaran Langsung Anwar Ibrahim