Siakap Keli
peminat jepun bersihkan stadium
Gambar: Tangkap layar video tular

Piala Dunia: Bukan Perlawanan Pasukan Jepun, Tapi Rakyat Jepun Dah Mula Kutip Sampah Di Stadium

Bola sepak sering mendapat tempat dalam kalangan masyarakat serata dunia ekoran sifatnya yang universal, tidak kira perempuan atau lelaki, pasti akan meminati sukan tersebut lagi-lagi apabila adanya perlawanan Liga Perdana Inggeris, Piala Dunia, pastinya hari-hari akan sentiasa dipenuhi dengan perbualan mengenai bola.

Kalau tiba musimnya, pasti ramai yang mempunyai semangat waja untuk turun ke padang melihat perlawanan yang diadakan sekiranya berdekatan dengan stadium.

Selepas perlawanan, sampah-sarap pastinya bertaburan di stadium ekoran peminat dan penonton membeli kudap-kudapan semasa melihat perlawanan bola sepak.

Stadium yang pada awalnya bersih telah dipenuhi dengan sampah makanan yang ditinggalkan oleh penonton. Sungguh pun semangat kesukanan dan penyatuan ditonjolkan, namun tidak ramai yang mempunyai ‘sifat kerjasama’ seperti itu selepas perlawanan selesai berlangsung.

Penonton Jepun kutip sampah di stadium

Baru-baru ini tular di media sosial, penonton daripada negara Jepun sedang mengutip sampah yang ditinggalkan oleh penonton selepas Piala Dunia berlangsung di Qatar.

Hari pertama pembukaan Piala Dunia 2022 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan pelbagai persembahan yang ditunjukan serta dihadiri oleh peminat dari pelbagai negara.

Walaupun ditenggelami rasa keseronokkan, penonton dari Jepun dilihat tidak lupa untuk membersihkan stadium selepas perlawanan bola sepak yang menyaksikan Ecuador menentang Qatar.

Video perkongsian dari @Qatarliving di laman Tiktok, telah menarik perhatian orang ramai ekoran sifat yang ditunjukkan amat melambangkan negara mereka tersendiri.

Menerusi video itu, lelaki yang merupakan warga Qatar merakamkan detik penonton Jepun mengutip sampah dan menyatakan dia tidak percaya dengan apa yang dilihat.

“Seseorang tolong yakinkan saya bahawa ini adalah normal! Di penghujung perlawanan pembukaan Piala Dunia antara Qatar dan Ecuador, perkara ini baru sahaja berlaku.

“Peminat Jepun memutuskan untuk membersihkan stadium! Walaupun itu bukan merupakan perlawanan mereka,” katanya.

‘Kami hormat tempat itu’

Apabila lelaki itu menemubual salah seorang peminat warga Jepun itu, dia memaklumkan penduduk Jepun tidak pernah meninggalkan stadium dalam keadaan yang kotor.

Gambar: Tangkap layar video tular

“Penduduk Jepun tidak pernah meninggalkan sampah di stadium, kami menghormati tempat itu,” ujarnya dalam temubual itu.

Lebih mengejutkan bukan hanya seorang atau dua orang yang membersihkan tempat itu, tetapi hampir semua peminat Jepun berbuat demikian.

Dalam pada itu, peminat Jepun turut mengumpulkan bendera yang ditinggalkan oleh peminat yang lain dan meletakkannya pada satu tempat.

Saya mungkin fikir satu atau dua orang tetapi mereka semua sedang sibuk membersihkan sekeliling stadium. Ini adalah perkara yang saya dengar tetapi saya tidak pernah terfikir ianya perkara yang benar,” tambah lelaki itu.

Peminat tersebut turut mengatakan mereka tidak melakukannya untuk kamera tetapi disebabkan sudah menjadi kebiasaan meletakkan kebersihan paling utama.

Jika dilihat kembali, tidak mustahil negara Jepun dipanggil sebagai negara tercantik dan terbersih di dunia kerana setiap alpisan masyarakatnya secara berterusan mengekalkan dan menjaga negara mereka.

@qatarliving

🇯🇵❤️

♬ original sound – qatarliving

Sumber: Qatar Living via Tiktok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana