Siakap Keli
Rumit Sebab Ada Pihak Dari Awal Buat Pakatan Sulit Sejak Sebelum PRU Lagi
Gambar: Bernama

Rumit Sebab Ada Pihak Dari Awal Buat Pakatan Sulit Sejak Sebelum PRU Lagi, Dakwa Annuar

Rumit Sebab Ada Pihak Dari Awal Buat Pakatan Sulit Sejak Sebelum PRU Lagi, Dakwa Annuar

Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan mendakwa proses pembentukan kerajaan menjadi  sedikit rumit adalah disebabkan ada pihak dari awal membuat pakatan sulit sejak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook sebentar tadi.

“Yang sedikit rumit adalah kerana ada pihak yang dari awal membuat pakatan sulit atau konspirasi sejak sebelum PRU lagi, tanpa menyedari perkara itu satu kesalahan besar dan ianya NULL AND VOID,” katanya.

Tambah Annuar, beliau turut menjelaskan beberapa faktor menyebabkan perkara itu semakin meruncing untuk dilaksana.

“Pertama, dasar Parti NO ANWAR NO DAP yang diputuskan dalam PAU adalah “binding” semua orang dan tak boleh dirombak mana-mana individu sekali pun. Sebarang tindakan yang bercanggah dengan dasar parti adalah NULL AND VOID.

“Kedua, pendirian anggota parlimen yang dipilih untuk menentukan siapa yang mereka sokong bagi memegang jawatan PM, mestilah dibuat oleh ahli berkenaan tanpa sebarang tekanan oleh sesiapa jua.

“Ahli berhak membuat keputusan mengikut Dasar Parti yang telah diputuskan secara sah. Sebarang dokumen lain yang cuba dimanipulasi adalah NULL AND VOID serta UNCONSTITUTIONAL DAN TERBATAL,” jelasnya lagi.

BACA JUGA: “Jawatan Kosong Ada 2 Tapi Beratur Panjang,” Ini Kesilapan Ramai Buat Bila Nak Cari Kerja

Dakwanya lagi, terdapat pihak tertentu yang sekali lagi cuba memutarbelitkan YDPA dengan dokumen yang bukan sahaja bercanggah dengan dengan Perlembagaan Negara, malah bertentangan dengan keputusan Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang baru dibuat pada hari ini.

“Perbuatan untuk menjayakan juga ‘Konspirasi Terancang’ ini AMAT SERIUS dan telah melanggari dasar PAU dan Keputusan Dewan Tertinggi BN..dan difahamkan ianya tidak terpakai.

“Masalah konspirasi yang terbongkar tentunya akan diurus sendiri oleh UMNO dan Barisan Nasional, insyaAllah,” katanya.

Dalam pada itu, setiap ahli Parlimen BN akan diberikan peluang bagi menyatakan sendiri pilihan mereka sesuai dengan kehendak perlembagaan.

Sehubungan itu, beliau berharap YDPA dapat menjalankan tanggungjawabnya dalam proses pembentukan kerajaan dengan baik.

“Dengan kebijaksanaan DYMM SPB YDP AGONG. Insyaallah proses memilih seorang Perdana Menteri akan selesai dengan baik.

“Biarlah proses itu berjalan dan kita harus bertenang,” jelasnya lagi.

Sumber: Facebook Tan Sri Annuar Musa

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?