Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dilaporkan menyambung kontraknya selama dua tahun lagi bersama kelab berkenaan, lapor The Athletic.
Memetik Eurosport, kontrak pengurus berusia 51 itu akan tamat pada penghujung musim ini.
Susulan kedua-dua belah pihak menunjukkan minat untuk terus kekal, Pep ditawarkan kontrak bersama kelab itu sehingga tahun 2025.
“Saya tidak akan mengubah hidup saya di sini walau sesaat. Sudah tujuh musim. Saya bercakap dengan kelab dan memutuskan apa yang terbaik untuk kelab.
“Saya beritahu bahawa jika mereka mahukan saya, saya akan tinggal lebih lama. Namun pada masa yang sama saya perlu yakin,” katanya.
Dalam pada itu, selepas hasil undian, Manchester City akan menentang RB Leipzig pada pusingan 16 terakhir pada Februari tahun depan.
The Citizens kini berada di kedudukan kedua liga selepas ketinggalan lima mata dengan pendahulu liga, Arsenal selepas 14 perlawanan.
Terdahulu, Pep menjadi pengurus The Citizens sejak tahun 2016 sehingga kini dan mempunyai empat trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), satu Piala FA dan membawa kelab itu ke pentas Final pada Liga Juara-Juara pada 2021.
Bagaimanapun, sepanjang kariernya bersama kelab itu hanya trofi Liga Juara-Juara sahaja yang belum dijulangnya.
https://www.facebook.com/mancity/posts/pfbid0xsRk8wiHcENkwfV2AuVSThr51k36pZNgDPAwrGG2LX2bFce3WEgAJ5z23FNry1iJl
BACA: Jangan Tak Tahu, Ini 6 Hak Yang Wanita Boleh Tuntut Kalau Menetap Di Malaysia
Sumber: Eurosport
BACA JUGA: Berpuluh Kali Cuba, ‘Filter’ 10 Saat Ni Jadi Trend Kat IG, Berpeluh Juga Nak Habiskan