Siakap Keli
Apple beli united
Gambar: Pixabay

Apple Dilapor Berminat Beli Manchester United, Berpotensi Jadi Kelab Terkaya Di Dunia

Apple Dilapor Berminat Beli Manchester United, Berpotensi Jadi Kelab Terkaya Di Dunia

Syarikat teknologi terbesar di dunia Apple dilapor menyatakan minat untuk membeli kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Terdahulu, media melaporkan pemilik semasa, Keluarga Glazer memaklumkan kelab berkenaan mungkin akan dijual sekaligus menyaksikan beberapa bilionaire dan entiti perniagaan terkemuka dunia menyatakan minat masing-masing untuk membuat bidaan.

Antara syarikat yang dikaitkan sebagai bakal pemilik baharu kelab tersebut ialah Apple, iaitu syarikat teknologi terbesar di dunia dengan pendapatan tahunan yang hampir mencecah £400 bilion. Sekiranya ia menjadi kenyataan, Manchester Uniter berpotensi menjadi kelab terkaya di dunia.

Turut dilaporkan bahawa CEO Apple, Tim Cook juga merancang untuk membina sebuah stadium baharu serba canggih bagi menggantikan Old Trafford nanti. Stadium itu juga dirancang untuk menjadi stadium terbaik di dunia.

Keluarga Glazer meletakkan tanda harga lebih daripada £5 bilion bagi mana-mana pihak yang berminat untuk membeli.

“Manchester United, adalah salah satu kelab sukan paling berjaya dan bersejarah di dunia. Hari ini kami ingin mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah Syarikat sedang memulakan proses untuk meneroka alternatif strategik untuk kelab ini.

“Proses ini direka untuk meningkatkan pertumbuhan masa depan kelab dengan matlamat utama untuk membolehkan kelab memanfaatkan peluang sama ada di atas padang dan secara komersial.

“Sebagai sebahagian daripada proses ini, Lembaga Pengarah akan mempertimbangkan semua alternatif strategik, termasuk pelaburan baharu ke dalam kelab, penjualan atau transaksi lain yang melibatkan syarikat.

”Ini termasuk penilaian beberapa inisiatif untuk mengukuhkan kelab, termasuk pembangunan semula stadium dan infrastruktur, pengembangan operasi komersial kelab pada skala global, masing-masing dalam konteks meningkatkan kejayaan jangka panjang skuad lelaki, wanita dan akademi kelab serta membawa manfaat kepada peminat dan pihak lain”, kata wakil pemilik kelab dalam satu kenyataan.

Berita ini akan menjadikan berita yang amat menggembirakan buat peminat United seluruh dunia selepas berulang kali mendesak agar Keluarga Glazer melepaskan kelab tersebut.

Sumber: Sport Bible

Shafikah