Siakap Keli
azhari moh zain meninggal dunia
Gambar: Sinar Harian

Pengarah Filem Azhari Mohd Zain Meninggal Dunia

Pengarah filem, Azhari Mohd Zain dilaporkan meninggal dunia di kediamannya, Sunway Alam Suria Shah Alam sekitar 12.30 tengah malam tadi, lapor Sinar Harian.

“Arwah berada di rumah, saya berada di sisinya melihat saat akhir sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir,” kata isteri Allahyarham, Wahizatul Nureen Azmi.

Difahamkan, Allahyarham terlantar selama sembilan bulan akibat diserang angin ahmar pada Februari lalu dan telah menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) selama tiga bulan, namun kembali merosot pada Julai tahun ini.

Dalam masa yang sama, rakannya Penerbit Filem dan Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG), David Teo turut berkongsi mengenai berita itu di laman Instagram peribadi miliknya.

“Berita duka untuk semua industri perfileman kita. Hilanglah permata yang bersinar.

“Selamat pergi ke dunia abadi sahabat perjuangan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah,” kata kapsyen yang dimuat naik itu semalam.

Allaryarham pernah mengarah filem seperti Santau, 7 Petala Cinta, Hantu Dalam Botol Kicap, Mantra, Flat 3A dan Zoo yang pernah mendapat tempat dalam kalangan rakyat.

Sumber: Sinar Harian

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana