Siakap Keli
Penyokong Jepun Bersihkan Stadium Selepas Perlawanan
Gambar: Twitter @قنوات الكاس

Sekali Lagi Curi Tumpuan, Penyokong Jepun Dipuji Rajin Kutip Sampah Dalam Stadium

Sekali Lagi Curi Tumpuan, Penyokong Jepun Dipuji Rajin Kutip Sampah Dalam Stadium

QATAR — Usai perlawanan antara Jepun dan Jerman malam tadi, penyokong Jepun mencuri tumpuan ramai apabila mengutip sampah di sekitar kawasan tempat duduk di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Memetik Daily Mail, penyokong negara matahari terbit itu dilihat membawa beg plastik  untuk mengutip sampah sebagai tanda hormat kepada ‘tuan rumah’.

Susulan sikap yang ditonjolkan itu, kebanyakan warganet terutama di Twitter dan Facebook memuji tindakan penyokong Jepun.

Gambar: Twitter @قنوات الكاس

“Buat pertama kali Jepun mengalahkan Jerman dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan selepas ketinggalan 0-1. Budaya Jepun yang membersihkan sampah dan menghormati orang sangat hebat.

“Hidup bola sepak Asia,” kata seorang pengguna Twitter.

Gambar: Twitter @قنوات الكاس

Dalam perlawanan kumpulan E mempertemukan kedua-dua pasukan itu, skuad bola sepak Jepun mencipta kejutan apabila melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Jerman.

Gambar: Twitter @قنوات الكاس

Terdahulu, tular penyokong negara itu membersihkan sampah selepas perlawanan antara tuan rumah menentang Ecuador. Apa yang menarik adalah ia tidak melibatkan perlawanan negara itu sewaktu perlawanan tersebut.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik oleh pempengaruh, Omar Al-Farooq dari Bahrain memaparkan mereka yang sedang memasukkan sampah ke dalam beg plastik.

“Kami orang Jepun dan kami tidak meninggalkan sampah selepas pergi kerana kami menghormati kawasan itu,” kata salah seorang penyokong Jepun.

Sumber: Daily Mail

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?