Siakap Keli
Sidang Parlimen Ditetapkan Pada 19 Dis
Gambar: Live Bernama TV

Sidang Parlimen Ditetapkan Pada 19 Dis, Usul Pertama Adalah Undi Percaya Kepada PM – Anwar

Sidang Parlimen Ditetapkan Pada 19 Dis, Usul Pertama Adalah Undi Percaya Kepada PM – Anwar

Selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada petang tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa sidang parlimen bakal diadakan pada 19 Disember 2022 ini selepas kerajaan perpaduan itu dibentuk.

Menurutnya, usul pertama selain angkat sumpah adalah usul undi percaya kepada Perdana Menteri.

“Kita akan adakan sidang parlimen pada 19 Disember dan usul pertama selain angkat sumpah adalah usul undi percaya.

“Jadi tidak timbul keresahan kita tentang keabsahan yang ada,” katanya.

Dalam sidang media yang diadakan di Sungai Long Club House itu, Anwar juga mengumumkan bahawa Isnin (28 November) adalah hari cuti umum sempena pelantikannya itu.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan untuk melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 pada hari ini di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Menerusi kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan pada jam 1.33 petang hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan pada 5 petang hari ini.

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu,Seri Paduka telah memberi perkenan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun,” katanya.

Sumber: Bernama TV

BACA JUGA: Berpuluh Kali Cuba, ‘Filter’ 10 Saat Ni Jadi Trend Kat IG, Berpeluh Juga Nak Habiskan

Muhd Iqbal