Siakap Keli
Belum Sempat Berucap Perdana Menteri Jawab Panggilan Presiden Turki
Gambar: Live Astro Awani

Belum Sempat Berucap, Perdana Menteri Jawab Panggilan Presiden Turki Ketika Sidang Media

Belum sempat memulakan ucapan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim  sempat berbual dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam sidang media pertama pada malam ini.

Anwar mengadakan sidang media pertama sebagai Perdana Menteri selepas mengangkat sumpah sebentar tadi.

Menerusi sidang media itu, mereka dilihat sempat berbual selama beberapa minit sewaktu Anwar Ibrahim baru sahaja memberi mukadimah dalam sidang media pertamanya selaku Perdana Menteri Malaysia.

Terdahulu, Anwar Ibrahim sempat memuat naik satu perkongsian ucapan daripada rakannya di Indonesia, Presiden Joko Widodo yang mengucapkan tahniah atas lantikan Perdana Menteri terbaru.

Dalam satu klip video singkat itu mendedahkan kedua-dua pemimpin itu sempat berbual melalui peranti pintar.

“Waalaikumusalam bapa presiden, terima kasih,” jawab Anwar.

“Apa khabar yang di Malaysia, saya ingin mengucapkan selamat yang terpilih kepada Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

“Anwar adalah tokoh yang dikenali dan dihormati oleh rakyat di Indonesia,” jelas pemimpin negara jiran itu.

Sementara itu Anwar juga menjelaskan bahawa beliau menganggap itu merupakan satu penghormatan kepadanya kerana beliau menjadi antara yang paling awal menghubunginya.

“Ini menunjukkan bahawa saya kekal sahabat sejati Indonesia.

“Terima kasih awak, dan saya mengharapkan hubungan perdagangan atau perniagaan, prestasi dan budaya, persahabatan InsyaAllah dapat kita tingkatkan,” katanya.

Sumber: BERNAMA TV

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?