Siakap Keli
Kredit: Getty Images

Elon Musk Dedah Twitter Tawar ‘Pengampunan’ Untuk Akaun Digantung Bermula Minggu Depan

Elon Musk Dedah Twitter Tawar ‘Pengampunan’ Untuk Akaun Digantung Bermula Minggu Depan

Pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Elon Musk dalam satu tweet berkata, pihaknya sedia memberikan ‘pengampunan am’ kepada beberapa akaun yang digantung sebelum ini.

Keputusan itu dibuat selepas beliau sebelum ini mengadakan tinjauan secara atas talian sama ada akaun yang telah digantung, dengan syarat tidak melanggar undang-undang atau terlibat dalam aktiviti spam yang teruk, perlu diberikan pengampunan.

Tinjauan tersebut disertai lebih daripada 3.1 juta pengguna Twitter dengan 72.4% daripada mereka mengundi “Ya”. Susulan itu, beliau berkata pengampunan akan diberikan bermula Rabu depan.

 

 

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan bagaimana proses pengampunan itu akan dijalankan.

Sabtu lepas, Twitter mengembalikan akaun Donald Trump, bagaimanapun bekas Presiden Amerika Syarikat itu mungkin tidak akan kembali ke platform berkenaan selepas melihat tiada keperluan untuk beliau berbuat demikian.

Akaun Trump digantung pada 2021 kerana dibimbangi boleh mencetuskan keganasan, selepas segelintir penyokongnya merusuh di US Capitol.

Selain itu, akaun milik bekas billionaire, Ye (Kenye West) dan Andrew Tate juga dikembalikan. Namun begitu, Elon Musk menegaskan ahli teori konspirasi terkenal, Alex Jones tidak akan dibenarkan kembali ke platform itu.

Jones sebelum ini diarahkan membayar ganti rugi sebesar US 1.4 bilion selepas berulang kali mendakwa insiden tembakan di Sekolah Sandy Hook yang mengorbankan 20 kanak-kanak dan enam orang dewasa sebagai berita palsu.

Musk berkata, beliau tidak mempunyai sebarang belas kasihan kepada mana-mana individu yang tergamak menggunakan kematian kanak-kanak untuk kepentingan politik atau meraih populariti.

BACA: “Saya Juga Insan Biasa, Yang Punya Rasa Sedih & Kecewa”, Coretan Ikhlas Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sumber: Elon Musk via Twitter, BBC News

Shafikah