Siakap Keli

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Serikan Musim Cuti Ini Dengan Bibit Kebersamaan Dan Cinta ‘Latte’

Kuala Lumpur, 22November 2022 –The Coffee Bean & Tea Leaf®Malaysia mengalu-alukan musim cuti ini dengan pelbagai sajian keraian yang baharu dan juga tersayang. Sebab, bukankah makanan dan minuman serba istimewa yang dinikmati bersama insan kesayangan adalah cara yang terbaik untuk menyambut suatu keraian?“

Kebanyakan kita meluangkan sebahagian besar daripada masa dan juga tahun kita bagi tanggungjawab harian,” sebut Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran & Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. “Dan dengan menjelangnya musim cuti hujung tahun,The Coffee Bean & Tea Leaf® ingin mengajak anda semua untuk berehat sejenak sambil meraikan bibit kebersamaan dengan insan yang disayangi. Biar melalui juadah musim cuti kami yang anda biasa nikmati, atau aneka minuman kami yang baharu, kami berharap seperti kafe kami yang dapat mengukir senyuman pada wajah anda, tahun 2023 juga dapat melakukan yang sama!”

Barisan minuman keraian daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia bagi musim ini berpaksikan ramuan coklat dan pudina, yang mendatangkan kemesraan dan “kebersamaan dalam setiap cawan”.Malah, biar sesiapa pun anda, pasti ada sesuatu yang dapat menggamit citarasa anda!

Bagi penggemar latte, setiap cawan disajikan dengan kasih sayang,“a latte love”. Pilihan yang disediakan meliputi Macadamia White Chocolate Latte (panas/berais) (kecil RM17.90, biasa RM 18.90), Double Chocolate Peppermint Latte (panas/berais) (kecil RM 17.90, biasa RM 18.90), atau Gibraltar Peppermint Latte (panas/berais) (biasa RM15.80).

Para peminat minuman Ice Blended®kami juga pasti akan rambang mata setelah menyaksikan sajian minuman pencuci mulut kami –ia terdiri daripada Macadamia White ChocolateIce Blended® (kecil RM 18.90, biasa RM 19.90), Pure Macadamia White Chocolate Ice Blended® (kecil RM 18.90, biasa RM 19.90) dan Double Chocolate Peppermint Ice Blended® (kecil RM 18.90, biasa RM 19.90).

Tidak lupa juga para penggemar Cold Brewkami, sempena musim cuti ini, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Macadamia White Chocolate Cold Brew Latte (kecil RM14.50, biasa RM 15.50) dan Peppermint Cream Cold Brew (kecil RM14.50, biasa RM15.50). Akhir sekali, untuk menyempurnakan musim yang diisi keseronokan ini, kami persembahkan secawan koko yang menggiurkan –hadir dalam bentuk Double Chocolate Peppermint Cocoa (panas/berais) (biasa RM 18.90). Sajian kopi Holiday Blend kami juga kini kembali (kecil RM 9.50, biasa RM 10.50) dan akan dihidangkan secara percuma bersama All-Day Breakfast Set kami!

Selain itu, anda pun boleh lengkapkan pengalaman keraian anda dengan aneka juadah bertemakan musim cuti hujung tahun ini! Winter Berry danStarry Starry Night merupakan manisan bercoklat yang hadir dengan sentuhan buah beri. Sementara itu,santapan yang diberi nama Warm Winter Log, Happy Holiday Log dan Snowy Holiday bukan sahaja cantik untuk dilihat (dan dimuat naik ke Instagram anda) tapi juga lazat dimakan! Jingle Berry Swirl dan Panettone Frost pula boleh dihidangkan bersama sajian lengkap anda, atau dibawa bersama untuk dinikmati di mana-mana! Untuk si cilik (termasuk yang berjiwa muda), Lil’ Mr Snow dan Jolly Breadman juga kini kembali! Akhir sekali, jangan lepaskan peluang untuk menyingkap nostalgia dengan hidangan Grandpa’s Chicken Sandwich dan Grandma’s Smoked Duck Salad.

Selain itu, inilah musim untuk menelitikan barangan siri Holiday Amber Wing, yang akan datang ke kafe The Coffee Bean & Tea Leaf®terdekat tidak lama lagi! Siri ini termasuk Chill Amber Wing, Arendal Amber Wing dan Sustain Amber Wing. Selain itu, tag hadiah musim cuti juga aka dijual pada RM 2.00 setiap tag hadiah, atau RM 8.00 sebagai set empat. Inilah sebahagian daripada program Caring Cup, di mana semua hasil jualan tag hadiah ini akan didermakan kepada Alzheimer’s Disease Foundation Malaysia(ADFM).

Akhirnya, pelbagai promosi juga menanti anda untuk menyerikan lagi perayaan hujung tahun ini! Pertama sekali, promosi “early bird” ditawarkan untuk barangan musim cuti kami yang terpilih. Ahli kad TCB dan pelangganyang membuat pesanan dalam talian boleh menikmati diskaun sebanyak 20% bagi santapanSnowy Holiday, Happy Holiday Log (bentuk sebiji kek), Warm Winter Log (bentuk sebiji kek), Starry Starry Night (bentuk sebiji tart) dan Winter Berry (bentuk sebiji kek) mulai hari ini hingga 30 November 2022. Tambahan lagi, bagi mereka yang ingin mendapatkan mesin pembuat kopi, Single Serve Machine (SSM) untuk diri mereka atau insan tersayang, boleh menikmati diskaun sebanyak 30% bagi mana-mana SSM mulai sekarang hingga akhir tahun ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf®Malaysia, sila kunjungi platform dalam talian kami seperti Facebook di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, Instagram di @coffeebeanMY, TikTok di @coffeebeanMY, atau laman sesawang kami di www.coffeebean.com.my.

Nur Farra