Siakap Keli
Kredit: Instagram

Jauh Dari Nusantara, Viral Foto Anak Orang Indonesia ‘Pimpin’ Ronaldo Masuk Padang Di Piala Dunia

Jauh Dari Nusantara, Viral Foto Anak Orang Indonesia ‘Pimpin’ Ronaldo Masuk Padang Di Piala Dunia

Bagi peminat pasukan Portugal, khususnya bintang utamanya, Cristiano Ronaldo, anda sudah semestinya ternanti-nanti penampilan pasukan tersebut dalam Piala Dunia ini kan.

Turun dalam perlawanan pertama menentang Ghana, apa pendapat anda dengan aksi yang ditampilkan skuad tersebut? Perlawanan boleh dikatakan agak sengit dan Portuga hampir diikat Ghana sebelum menang tipis 3-2.

Namun begitu, ada satu perkara menarik berlaku sebelum perlawanan itu dan perkara ini dibincangkan secara hangat di media negara seberang.

Perasan tak, ketika pemain masuk ke padang, mereka biasanya diiringi sekumpulan kanak-kanak. Biasanya, di peringkat liga, kanak-kanak ini merupakan pemain akademik atau warga tempatan di mana perlawanan itu diadakan.

Namun, ini tidak berlaku semalam apabila salah seorang kanak-kanak yang mengiringi skuad Portugal semalam merupakan kanak-kanak berasal Indonesia. Lebih mengujakan apabila kanak-kanak tersebut mengiringi salah seorang pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo

Kredit: Instagram

Untuk makluman, nama kanak-kanak tersebut adalah Ulul Albab El Ibrahim. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Brow, merupakan murid tahun lima di Al Khor International School (AKIS).

Brow merupakan cahaya mata kepada pasangan Budi Prasetyo (Sukoharjo) dan Avida Prasetyo (Madiun) dan kedua-duanya sedang bekerja di Qatar.

Sejak kecil lagi, adik Brow amat meminati sukan bola sepak. Dia juga turut meyertai Kelab Al Khor Football Community (AFC) Junior. bersama bebrapa puluhan lagi anak Indonesia yang berlatih bersama kelab ini.

Kehadirannya di atas pandang mendapat liputan media apabila dikongsikan oleh Kedutaan Indonesia di Qatar melalui satu hantaran Instagram.

BACA: “Comelnya La’eeb”, Ibarat Ghutra Terbang, Kenali Maskot Rasmi Piala Dunia Qatar 2022 & Apa Yang Diwakilinya

Sumber: @indonesiaindoha via Instagram

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma