Viral Peminat Jepun Ucap Terima Kasih, Boss Baik Hati Bagi Cuti 2 Minggu Tengok Piala Dunia
Seorang peminat bola sepak Jepun mencuri tumpuan dunia apabil gambarnya berterima kasih kepada majikan kerana memberi cuti selama dua minggu tersebar ke seluruh dunia
Gambar berkenaan diambil di Qatar memandangkan negara itu merupakan salah sebuah pasukan yang mewakili Asia ke temasya bola sepak teragung dunia itu.
Peminat Jepun mengangkat tanda terima kasih kepada bosnya
Ketika gambar berkenaan diambil, lelaki berkenaan sedang menyaksikan perlawanan diantara Jepun menentang Jerman yang dilangsungkan di Stadium Antarabangsa Khalifa. Dia dilihat tersenyum sambil mengangkat sekeping kertas yang tertulis ucapan terima kasih itu.
”Kepada boss saya, terima kasih di atas cuti dua minggu ini,” katanya.
Lebih manis, Jepun dalam perlawanan tersebut berjaya mencipta kejutan apabila berjaya menumpangkan Juara Dunia empat kali itu dengan jaringan 2-1.

Laman twitter rasmi Piala Dunia FIFA turut tmemuat naik gambar tersebut dengan kapsyen ucapan terima kasih yang ditujukan kepaa semua majikan di seluruh dunia.
This one goes out to all the bosses out there ❤️#FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/1rYBFtdGhr
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 23, 2022
Ciapan tersebut telah mencuri perhatian warganet selepas diulang kicau sebanyak 23,000 kali dan diberi lebih 143,000 tanda suka setakat ini.
Dalam pada itu, NTT East, penyedia perkhidmatan internet gentian optik di Jepun, dipercayai majikan lelaki tersebut, turut mengulang kicau ciapan tersebut dengan kapsyen: “Sila nikmati percutian anda berserta Piala Dunia! Daripada bos anda.”
Please enjoy your vacation and the World Cup!😁
From your boss💕 https://t.co/VrnLxKWh4s— NTT東日本 (@NTTeastofficial) November 25, 2022
Sumber: Mothership.sg