Siakap Keli
Penunggang Motosikal Dilapor Maut
Gambar: Polis Bentong

Dipercayai Rempuh Belakang Lori Tunda, Penunggang Motosikal Dilapor Maut

Dipercayai Rempuh Belakang Lori Tunda, Penunggang Motosikal Dilapor Maut

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah lori tunda (Tow Truck) dalam satu kejadian di kilometer 76.2 Lebuhraya Kuala Lumpur menuju ke Karak sekitar jam 4.50 petang semalam di Bentong, Pahang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar dalam satu kenyataan berkata mangsa yang berusia 48 tahun dan merupakan warganegara tempatan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati lori tunda (Tow Truck) telah berhenti di bahu jalan di km 76.2 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak.

“Lebih kurang 30 minit selepas itu terdengar dentuman kuat di bahagian belakang dan mendapati sebuah motosikal dari arah Bentong telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori tersebut,” katanya.

Susulan itu, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu juga, beliau memohon agar mana-mana pihak untuk memberikan kerjasama sekiranya melihat kejadian tersebut bagi tampil membantu siasatan.

“Pihak polis juga menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya,” maklumnya dalam kenyataan tersebut.

BACA JUGA: COVID-19: China “Lockdown” Wuhan Semula, Lebih 800,000 Penduduk Di Arah Berkurung

Sumber: Polis Bentong

BACA JUGA: Berpuluh Kali Cuba, ‘Filter’ 10 Saat Ni Jadi Trend Kat IG, Berpeluh Juga Nak Habiskan

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?