Siakap Keli
Ronaldo Belanja Skuad Portugal Makan Malam
Kredit: Daily Star

Ronaldo Belanja Skuad Portugal Makan Malam Di Restoran Mewah

Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dilapor membawa seluruh skuad Portugal untuk makan malam di Doha pada minggu ini, lapor Daily Star.

Pada perlawanan pertama menentang Ghana di Piala Dunia Qatar, Khamis lalu, skuad Portugal telah memperoleh kemenangan tipis 3-2 menerusi sepakan penalti daripada Ronaldo serta jaringan daripada Felix dan Leao.

Oleh itu, sebagai simbolik untuk meraikan kemenangan tersebut, pengurus pasukan Portugal, Fernando Santos telah membenarkan para pemain untuk bercuti pada petang Jumaat.

Kesempatan tersebut telah diambil oleh Ronaldo untuk menjamu semua pasukannya dengan hidangan mewah di restoran Tatel de Doha di Pulau AI Maha.

Difahamkan, pemain berada di sana sehingga kira-kira jam 11:30 malam apabila bas pasukan mengambil mereka untuk pulang.

Ronaldo Belanja Skuad Portugal Makan Malam
Kredit: Daily Star

Gambar tersebut tular di laman sosial dengan menunjukkan suasana harmoni dalam pasukannya.

Bagaimanapun, Bernardo Silva, Joao Cancelo dan Johe Sa dilaporkan tidak mengikut jamuan makan malam itu kerana memutuskan untuk menghabiskan masa bersama keluarga mereka yang ada di Qatar.

Berikutan kemenangan Portugal ke atas Ghana, Ronaldo menyatakan isu berkaitan penyingkirannya daripada United telah berakhir.

Walaupun tuduhan dan penghinaan dilemparkan ke atas Erik Ten Hag, namun pengurus United itu tidak mengambil apa-apa tindakan malah, Red Devils itu sendiri yang menyelesaikan isu tersebut.

 

Sumber: Daily Star

 

Florence Nuar